User Manual - Page 428

For AIRBLADE .

Loading ...
Loading ...
Loading ...
94
PENYENGGARAAN PENAPIS
Periksa salur masuk udara dengan kerap untuk memastikan ia bebas daripada habuk dan
bendasing. Mengelap injap masuk dengan kain lembut sudah memadai untuk menyingkirkan
habuk dan bendasing.
Sekiranya salur masuk udara tersumbat, anda mungkin perlu mencuci sekali lagi atau
menukar penapis.
Jika diperlukan untuk persekitaran dengan kadar penggunaan tinggi, kit pengganti penapis
Dyson menyediakan segala kelengkapan yang anda perlukan untuk menukar penapis HEPA
unit anda di tapak. Hubungi Talian Bantuan Dyson untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Pembersihan atau penggantian penapis untuk pengering tangan anda harus dijalankan
dengan berhati-hati mengikut arahan yang diberikan dalam kit penukaran penapis.
Jika ragu-ragu, rujuk juruelektrik bertauliah atau hubungi Talian Bantuan Dyson untuk
mendapatkan sokongan.
SERVIS
Jika pengering tangan anda memerlukan servis, sila hubungi Talian Bantuan Dyson.
Anda boleh juga melayari laman web Dyson di www.dyson.com.
MAKLUMAT PELUPUSAN
Produk Dyson diperbuat daripada bahan boleh kitar semula gred tinggi. Sila lupuskan produk
ini secara bertanggungjawab dan kitar semula sekiranya boleh.
JAMINAN ANDA
TERMA DAN SYARAT JAMINAN 5 TAHUN DYSON
Jika anda telah mendaftarkan unit anda dalam talian, jaminan anda akan bermula dari tarikh
pembelian. Sila simpan bukti pembelian anda. Jika anda tidak mempunyai bukti pembelian,
jaminan anda akan bermula 90 hari selepas tarikh pembuatan, mengikut rekod Dyson.
Apabila unit ini dijual di luar wilayah UE, jaminan ini hanya sah jika unit dipasang dan
digunakan di negara tempat unit dijual.
APA YANG DILINDUNGI
JAMINAN 5 TAHUN
Semua bahagian pengering tangan anda yang dikilang dijamin bagi kecacatan bahan dan
mutu kerja asal apabila digunakan berlandaskan manual dan panduan pemasangan pemilik
bagi tempoh 5 tahun dari permulaan jaminan anda.
Sila hubungi Talian Bantuan Dyson untuk maklumat lanjut:
Sekiranya berlaku kegagalan elektrik, dalam tempoh jaminan berkenaan, Dyson akan
menjalankan pembaikan tanpa mengenakan upah kerja.
Penggantian pemasangan baldi motor, penapis dan solenoid tidak dilindungi untuk upah
kerja. Jika bahagian-bahagian ini gagal, alat gantinya akan disediakan untuk dipasang di
tapak oleh pelanggan sendiri.
Sila hubungi Talian Bantuan Dyson untuk maklumat lanjut:
Jika penapis perlu ditukar, Dyson akan menyediakan kit penukaran penapis yang akan
dipasang di tapak oleh pelanggan.
Mana-mana bahagian yang dikembalikan dan digantikan semula oleh Dyson akan
menjadi hak milik Dyson.
Penggantian mana-mana bahagian unit di bawah Jaminan tidak akan melanjutkan
tempoh jaminan.
Jaminan ini menyediakan faedah tambahan kepada dan tidak menjejaskan apa-apa hak
berkanun yang anda mungkin ada sebagai pengguna.
PERKARA YANG TIDAK DILINDUNGI
Dyson tidak menjamin pembaikan atau penggantian produk akibat:
Kerosakan yang tidak disengajakan kemalangan, kerosakan yang disebabkan oleh
penggunaan atau penjagaan yang cuai, penyalahgunaan secara tidak sengaja atau
sengaja, pengabaian, vandalisme, operasi secara cuai atau pengendalian unit yang tidak
berlandaskan dengan manual operasi Dyson.
Penggunaan bahagian yang tidak disambung atau dipasang mengikut arahan Dyson.
Penggunaan alat ganti dan aksesori yang bukan komponen tulen Dyson.
Pemasangan yang tidak betul, atau pemasangan yang tidak mengikut arahan
pemasangan yang dibekalkan oleh Dyson dengan tepat (kecuali jika dipasang oleh
Dyson).
Pembaikan atau apa-apa pindaan yang dijalankan selain daripada yang berlandaskan
arahan oleh Dyson.
Kerosakan daripada sumber luar seperti transit, cuaca, gangguan bekalan elektrik atau
lonjakan kuasa.
Kerosakan haus dan lusuh biasa (cth. fius, dll.).
Kerosakan yang disebabkan oleh pembersihan yang tidak selaras dengan arahan dalam
manual ini: contohnya
, pembersihan dengan bahan kimia atau produk yang disenaraikan
sebagai berbahaya kepada unit.
Kerosakan yang disebabkan oleh kemasukan air kerana pembersihan atau rawatan yang
dilarang dalam manual ini.
Sebarang kerosakan elektrik, kebanjiran atau kerosakan struktur, atau apa-apa kerugian
perniagaan atau pendapatan akibat kegagalan produk. Jika anda tidak pasti tentang apa
yang dilindungi dalam jaminan anda, sila hubungi Dyson (butiran pada muka belakang).
RUMUSAN PERLINDUNGAN
Anda perlu menyediakan bukti (salinan asal dan juga sebarang salinan berikutnya)
penghantaran/pembelian sebelum sebarang kerja boleh dijalankan ke atas perkakas
Dyson atau sebelum sebarang alat ganti dibekalkan. Tanpa bukti ini, sebarang kerja yang
dijalankan atau alat ganti yang dibekalkan akan dikenakan bayaran. Sila simpan resit
atau nota penghantaran anda.
Tertakluk pada pengecualian di atas, semua kerja yang dilakukan di bawah jaminan ini
akan dilakukan oleh Dyson atau ejennya yang sah.
MAKLUMAT PERLINDUNGAN DATA PENTING
Sewaktu mendaftarkan produk Dyson anda
Anda perlu memberi kepada kami maklumat hubungan asas untuk mendaftar produk
anda dan membolehkan kami menyokong jaminan anda.
Sewaktu anda mendaftar, anda akan diberi pilihan sama ada ingin menerima komunikasi
daripada kami. Jika anda memilih untuk menerima komunikasi daripada Dyson, kami
akan menghantar butiran tawaran istimewa dan berita inovasi terbaru kami. Kami tidak
sekali-kali menjual maklumat anda kepada pihak ketiga dan
hanya menggunakan
maklumat yang anda kongsi dengan kami sebagaimana yang ditakrifkan oleh dasar
privasi yang boleh didapati di laman web kami: privacy.dyson.com.
MY
27.11.2017 12:51 - C92757_WD04_OPMAN_INT_X588-OWNERS-MANUAL-PART 3- TEXT.indd_15_0c2s_15_0c2s
Loading ...
Loading ...
Loading ...