User Manual - Page 425

For AIRBLADE .

Loading ...
Loading ...
Loading ...
91
MY
PANDUAN KESELAMATAN PENTING
SILA BACA DAN SIMPAN PANDUAN INI
SEBELUM MEMASANG ATAU MENGGUNAKAN UNIT INI, BACA SEMUA
ARAHAN DAN TANDA-TANDA AMARAN DALAM MANUAL INI SERTA
NOTA PEMASANGAN.
BAGI MENGURANGKAN RISIKO KEBAKARAN, RENJATAN ELEKTRIK ATAU
KECEDERAAN TERHADAP INDIVIDU, PATUHI PERKARA-PERKARA BERIKUT:
1. Unit ini tidak dinasihatkan untuk kegunaan individu (termasuk kanak-
kanak) yang kurang upaya dari segi fizikal, deria atau akal, atau kurang
pengalaman dan pengetahuan, melainkan mereka diawasi atau diberi arahan
berkenaan penggunaan unit ini oleh orang yang bertanggungjawab menjaga
keselamatan mereka.
2. Jangan guna unit ini untuk tujuan selain membasuh dan mengeringkan tangan.
Gunakan unit ini hanya seperti yang dinasihatkan oleh pengilang. Jika anda ada
sebarang pertanyaan, sila hubungi pengilang.
3. Matikan kuasa pada panel servis sebelum menjalankan servis. Pastikan suis
dikunci untuk mengelakkan kuasa daripada dihidupkan secara tidak sengaja.
Sekiranya alat untuk mematikan kuasa tidak dapat dikunci, pasangkan peranti
amaran yang jelas, seperti tag, pada panel servis.
Kanak-kanak perlu diawasi untuk memastikan mereka tidak bermain dengan unit ini.
JANGAN GUNAKAN PERALATAN CUCIAN BERTEKANAN UNTUK
MEMBERSIHKAN UNIT INI ATAU BERHAMPIRAN UNIT INI.
AMARAN
BAGI MENGURANGKAN RISIKO KEBAKARAN ATAU RENJATAN ELEKTRIK,
JANGAN GUNA PERALATAN INI DENGAN SEBARANG PERANTI KAWALAN
KELAJUAN KEADAAN PEPEJAL.
SEMUA KERJA PEMASANGAN DAN PEMBAIKAN (KERJA PERPAIPAN DAN
ELEKTRIK) MESTI DIJALANKAN OLEH ORANG YANG BERTAULIAH ATAU
JURUTERA SERVIS DYSON MENGIKUT KOD ATAU PERATURAN
SEMASA TEMPATAN.
AWAS
Pengering tangan anda harus dipasang di dalam bangunan. Julat suhu operasi
adalah 0°C (32°F) sehingga 40°C (104°F). Bagi mengurangkan risiko kebakaran
atau renjatan elektrik, jangan dedahkan mekanisme/komponen dalaman unit ini
kepada lembapan.
MY
TERIMA KASIH KERANA MEMILIH UNTUK
MEMBELI PENGERING TANGAN DYSON
AIRBLADE WASH+DRY
PERKHIDMATAN PELANGGAN DYSON
Pengering tangan anda dilindungi jaminan selama 5 tahun dari tarikh pembelian,
tertakluk kepada syarat-syarat jaminan terhad.
Daftar jaminan anda di: www.dyson.com.
Jika anda ada sebarang pertanyaan mengenai pengering tangan anda, sila hubungi
Talian Bantuan Dyson dan memberi nombor siri serta butir-butir tempat dan masa
anda membeli unit tersebut.
Catatkan nombor siri anda di sini untuk rujukan di masa hadapan.
Ilustrasi ini adalah contoh sahaja.
Nombor siri anda boleh didapati di sudut bawah kanan plat belakang, pada helaian
pendaftaran di dalam kotak, dan juga pada pelekat maklumat besa yang boleh
didapati pada pili sewaktu anda membuka bungkusan unit ini.
Panduan pemasangan lengkap dilampirkan bersama bungkusan alat pengering
tangan ini. Panduan ini mengandungi maklumat terperinci mengenai cara
pemasangan unit yang betul bagi unit ini, yang MESTI dipatuhi sepenuhnya,
termasuk penghalaan kabel elektrik. Kerosakan yang disebabkan oleh pemasangan
yang tidak betul tidak dilindungi oleh jaminan anda.
Anda dinasihatkan supaya memasang penapis dalam saluran bagi mencegah
sebarang kerosakan yang boleh menjejaskan jaminan anda.
27.11.2017 12:51 - C92757_WD04_OPMAN_INT_X588-OWNERS-MANUAL-PART 3- TEXT.indd_15_0c2s_15_0c2s
Loading ...
Loading ...
Loading ...