User Manual - Page 427

For AIRBLADE .

Loading ...
Loading ...
Loading ...
93
MY
Kadangkala alat pengering tangan mati
semasa sedang digunakan tetapi akan
berfungsi semula selepas beberapa ketika.
Periksa salur masuk udara adalah bersih dan
bebas daripada sebarang habuk.
Keluarkan sebarang habuk daripada salur
masuk, jika ada
Pastikan salur masuk udara bebas daripada
sebarang halangan dan mempunyai
pelepasan yang mencukupi (lihat arahan
pemasangan).
Masa pengeringan alat pengering
tangan meningkat.
Pastikan gril salur masuk bebas
daripada habuk.
Periksa penapis dan tukar jika perlu.
Pastikan hos dipasang dengan selamat
ke pangkal pili dan tiada kebocoran
berlaku. Mesti dilakukan oleh juruelektrik
yang bertauliah.
Udara keluar berterusan daripada alat
pengering tangan.
Pastikan sensor bersih dan bebas daripada
sebarang halangan.
Tiada udara keluar daripada alat
pengering tangan.
Periksa dan pastikan fius/pemutus litar
berfungsi dan kuasa disambungkan. Mesti
dilakukan oleh juruelektrik yang bertauliah.
Pastikan hos udara dipasang dengan rapi
pada dasar kepala pili dan tiada kebocoran
berlaku. Mesti dilakukan oleh juruelektrik
yang bertauliah.
Periksa untuk memastikan kabel sensor
daripada pili disambungkan dengan
selamat. Mesti dilakukan oleh juruelektrik
yang bertauliah.
PILI
Masalah Tindakan
Air mengalir berterusan daripada
kepala paip.
Pastikan sensor bersih dan bebas daripada
sebarang halangan.
Tiada air keluar daripada kepala paip. Pastikan bekalan kuasa dan air dihidupkan
dan injap pemencilan terbuka. Mesti
dilakukan oleh juruelektrik bertauliah.
Pastikan alat pengudaraan ini bebas
daripada serpihan, keluarkan dan
bersihkan/gantikan jika perlu.
Air yang keluar daripada kepala paip terlalu
panas atau sejuk.
Hubungi Talian Bantuan Dyson.
Jika anda ada sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Talian Bantuan Dyson.
PENGGUNAAN DI KAWASAN PENYEDIAAN MAKANAN
Untuk persekitaran persediaan makanan, pemasangan khas diperlukan, yang mesti melitupi
baldi motor dan hos sepenuhnya dalam perumah yang boleh dibersihkan atau memasang
baldi motor pada permukaan belakang dinding, memberikan ruang lega yang mencukupi
untuk pembersihan bahagian di bawah (jika berkenaan) dan memastikan unit berada
sekurang-kurangnya 2.5 meter dari makanan yang tidak ditutup atau permukaan makanan
yang tidak tertutup.
PEMBERSIHAN
Alat pengering tangan hendaklah dibersihkan setiap hari.
Lap sensor menggunakan kain yang lembut dan pembersih tidak-kasar kemudian letakkan
penutup pembersihan kepada sensor untuk mengelakkan udara dan air daripada diaktifkan.
Bersihkan semua permukaan pili, sink, cermin dan mana-mana dinding atau rak. Apabila
selesai JANGAN LUPA untuk menanggalkan penutup pembersihan.
Bersihkan salur masuk udara pada dasar baldi motor (di bawah sink) SECARA TETAP. Pastikan
lubang sumbat dalam singki tidak tersumbat supaya air boleh mengalir dengan bebas.
MAKLUMAT PENTING
Jangan mencuci pengering tangan ini dengan peralatan cucian bertekanan.
Semua bahan kimia pembersihan perlu digunakan betul-betul seperti yang dinyatakan oleh
arahan pengilang (Termasuk pencairan yang sewajarnya).
Sekiranya produk pencuci dibiarkan pada mesin terlalu lama, satu lapisan akan terbentuk.
Ini boleh mengurangkan keberkesanan permukaan anti-mikrob.
Mana-mana bahan kimia yang hendak digunakan hendaklah terlebih dahulu diuji di kawasan
yang tidak menarik perhatian untuk mengesahkan kesesuaian. Selain daripada bahan kimia
pembersihan, perlu juga berhati-hati supaya mengelak daripada sebarang cecair berbahaya
tersentuh dengan produk, khususnya produk berasaskan minyak dan alkohol.
GARIS PANDUAN AIR
Alat pengering tangan ini mempunyai pensijilan IP35.
Penggunaan pencuci tekanan boleh menyebabkan air masuk ke dalam perumah.
Kerosakan oleh air yang disebabkan oleh pembersihan yang tidak betul akan mengakibatkan
jaminan anda tidak sah.
TUGAS PENGEPAMAN AUTOMATIK
Unit ini dilengkapi dengan pengepaman air automatik yang tetap yang diaktifkan selama
60 saat setiap 24 jam selepas penggunaan terakhir. Ini membantu mengurangkan genangan
air dan pembiakan bakteria di dalam produk.
Sila pastikan bahawa unit ini sentiasa dipasangkan pada besen yang berfungsi dengan
saliran yang bersambung dan tidak tersumbat.
GARIS PANDUAN PENGGANTIAN SOLENOID
Solenoid pada pengering tangan anda mungkin perlu diganti. Jika anda mengesyaki ini
diperlukan, sila hubungi Talian Bantuan Dyson
Apabila menggantikan solenoid, alat pengering tangan mesti diputuskan daripada punca
elektrik dan bekalan air. Kegagalan untuk berbuat demikian boleh menyebabkan kecederaan
serius dan/atau kerosakan harta benda.
27.11.2017 12:51 - C92757_WD04_OPMAN_INT_X588-OWNERS-MANUAL-PART 3- TEXT.indd_15_0c2s_15_0c2s
Loading ...
Loading ...
Loading ...