User Manual - Page 426

For AIRBLADE .

Loading ...
Loading ...
Loading ...
92
MENJAGA PENGERING TANGAN ANDA
AMARAN
Produk ini tidak boleh digunakan dalam sinki yang dipasang penyumbat. Sebelum
memasukkan aliran air, pastikan lubang sumbat bebas daripada sebarang halangan dan
air boleh disalirkan secara bebas.
CARA PENGGUNAAN
Letakkan tangan anda di bawah pengering tangan Dyson dan ia akan menghasilkan aliran
udara untuk meniup air daripada tangan anda.
Untuk pengeringan paling pantas:
Letakkan tangan anda mendatar dan sejajar dengan permukaan peralatan, kira-kira
5mm dari bilah, sambil menarik tangan anda melalui aliran udara dari pergelangan
tangan hinggalah ke hujung jari.
Gerakkan tangan anda dengan perlahan-lahan melalui aliran udara pada kelajuan
yang konsisten, dengan menggilirkan depan dan belakang tangan, kira-kira 2.5 saat
setiap permukaan.
Pastikan tangan anda mendatar, rapatkan jari anda dan pastikan ibu jari juga di -
rapatkan supaya seluruh tangan ditarik melalui aliran udara ini.
PANDUAN PENYELESAIAN MASALAH
AMARAN: RISIKO RENJATAN ELEKTRIK!
Masalah Tindakan
Alat pengering tangan gagal dihidupkan. Periksa dan pastikan fius/pemutus litar
berfungsi dan kuasa disambungkan. Mesti
dilakukan oleh juruelektrik yang bertauliah.
Pastikan penutup pembersihan ditanggalkan
dan sensor dalam keadaan bersih dan
tidak terhalang.
Jika terdapat kaedah pensuisan yang
selamat sedia ada, hidupkan dan matikan
unit. Jika kaedah yang selamat tidak
didapati, juruelektrik bertauliah mesti
melaksanakan tugas ini.
Alat pengering tangan hidup dan mati
dengan tidak menentu.
Pastikan sensor bersih dan bebas daripada
sebarang halangan.
Periksa untuk memastikan kabel sensor
daripada pili disambungkan dengan
selamat. Mesti dilakukan oleh juruelektrik
yang bertauliah.
NOTE: Pastikan anda mengepam saluran air sepenuhnya sehingga bebas daripada
bendasing, isian kuprum dsb. sebelum menyambungkan produk. Kegagalan untuk
berbuat demikian akan merosakkan injap solenoid.
Arahan di dalam manual ini dan panduan pemasangan mesti diikuti sepenuhnya,
kerana kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan operasi yang tidak
betul, kerosakan harta benda dan/atau kecederaan diri. Disarankan supaya injap
pemencilan dipasang pada produk ini semasa pemasangan. Dyson tidak akan
bertanggungjawab atas sebarang kerosakan harta benda atau kecederaan diri,
atau apa-apa kerugian perniagaan atau pendapatan, jika anda, kakitangan anda,
pemasang atau jurutera servis anda tidak mengikuti arahan yang diberikan dalam
manual dan panduan pemasangan ini.
MY
27.11.2017 12:51 - C92757_WD04_OPMAN_INT_X588-OWNERS-MANUAL-PART 3- TEXT.indd_15_0c2s_15_0c2s
Loading ...
Loading ...
Loading ...