User Manual - Page 187

For AIRBLADE .

Loading ...
Loading ...
Loading ...
MY
187
Menguji pengering tangan untuk memastikan
unit beroperasi secara normal:
Letakkan tangan anda di bawah pusat pili
dan air akan mengalir secara automatik
selama tangan tetap berada di situ.
Letakkan tangan anda di mana-mana
pusat pili untuk mengaktifkan pengering
tangan, menghasilkan aliran udara untuk
mengikis air dari tangan anda.
Gerakkan tangan anda ke belakang dan ke
hadapan melalui udara secara perlahan-
lahan. Pusingkan tangan anda supaya
tapak dan belakang tangan terdedah
kepada aliran udara.
Tugas Pengepaman Automatik
Unit ini dilengkapi dengan pengepaman air
automatik yang tetap yang diaktifkan selama
60 saat setiap 24 jam selepas penggunaan
terakhir. Ini membantu mengurangkan
genangan air dan pembiakan bakteria di
dalam produk.
Sila pastikan bahawa unit ini sentiasa
dipasangkan pada besen yang berfungsi
dengan saliran yang bersambung dan
tidak tersumbat.
Pengering tangan gagal dihidupkan:
Periksa jika pemutus fius/litar berfungsi dan
bekalan kuasa dan air disambungkan.
Pastikan tukup pembersihan ditanggalkan
dan sensor dalam keadaan bersih dan
tidak terhalang.
Matikan dan hidupkan unit.
Pengering tangan hidup dan mati dengan
tidak menentu:
Matikan dan hidupkan unit.
Pastikan bahawa tiada palam dalam sinki
dan keluarkan palam jika ada.
Pastikan sensor adalah bersih.
Pastikan kabel sensor dari kepala paip
disambungkan dengan rapi.
Pengering tangan kadangkala tidak
boleh digunakan:
Matikan dan hidupkan unit.
Pastikan sensor adalah bersih.
Periksa salur masuk udara berkeadaan
bersih dan bebas habuk. Jika salur masuk
udara berhabuk, buangkan habuk tersebut.
Pastikan salur masuk udara tidak
dihalang dan mempunyai ruang lega
yang mencukupi.
Masa pengeringan meningkat:
Periksa dan buangkan habuk di salur
masuk udara.
Periksa dan tukar penapis jika perlu.
Pastikan hos dipasang dengan selamat ke
pangkal pili dan tiada kebocoran berlaku.
Aliran udara menjadi lebih panas
berbanding biasa:
Periksa dan buangkan habuk di salur
masuk udara.
Periksa dan tukar penapis jika perlu.
Pastikan hos dipasang dengan selamat ke
pangkal pili dan tiada kebocoran berlaku.
Udara keluar secara berterusan:
Periksa sebarang objek di dalam sinki dan
buang jika perlu.
Pastikan sensor adalah bersih dan bebas
daripada sebarang halangan.
Periksa dan tukar penapis jika perlu.
Pastikan hos dipasang dengan selamat ke
pangkal pili dan tiada kebocoran berlaku.
Tiada udara keluar:
Matikan dan hidupkan unit.
Periksa dan pastikan fius/pemutus litar
berfungsi dan kuasa disambungkan.
Pastikan sensor adalah bersih.
Pastikan hos udara dipasang dengan
rapi pada pangkal pili dan tiada
kebocoran berlaku.
Pastikan kabel sensor dari kepala paip
disambungkan dengan rapi.
Air mengalir secara berterusan daripada
kepala paip:
Pastikan sensor adalah bersih dan bebas
daripada sebarang halangan.
Tiada air keluar daripada kepala paip:
Pastikan bekalan kuasa dan air dihidupkan
dan injap pemencilan terbuka.
Pastikan pengudara bebas daripada
bendasing, buang dan bersihkan/ganti
pengudara jika perlu.
Air yang keluar daripada kepala paip
terlalu panas atau sejuk:
Periksa untuk memastikan injap mengisar
ditetapkan pada suhu yang dikehendaki.
Untuk sokongan dan maklumat lanjut,
hubungi Talian Khidmat Pelanggan
Dyson ataupun layari laman web kami di
www.dyson.com.
Penyelesaian MasalahUjian
pemasangan
Loading ...
Loading ...
Loading ...