Loading ...
Loading ...
Loading ...
Bahasa Melayu 7
Arahan keselamatan
Amaran gelombang mikro
Memanaskan minuman menggunakan gelombang mikro mungkin mengakibatkan pendidihan
meluap tertunda, sentiasa berhati-hati apabila memegang bekas. Biarkan minuman berada
di dalam ketuhar sekurang-kurangnya 20 saat sebelum mengendalikannya. Jika perlu, kacau
semasa dipanaskan. Sentiasa kacau selepas dipanaskan.
Sekiranya kulit anda melecur, ikut arahan Pertolongan Cemas berikut:
1. Rendam bahagian yang melecur dalam air sejuk selama sekurang-kurangnya 10 minit.
2. Balut dengan pembalut yang bersih dan kering.
3. Jangan sapu sebarang krim, minyak atau losen.
Untuk mengelakkan kerosakan pada dulang atau rak, jangan letak dulang atau rak di dalam air
sejurus selepas memasak.
Jangan gunakan ketuhar gelombang mikro untuk menggoreng dengan minyak yang banyak
kerana suhu minyak tidak boleh dikawal. Ini boleh menyebabkan minyak yang panas itu
mendidih secara mendadak.
Langkah berhati-hati ketuhar gelombang mikro
Hanya gunakan peralatan yang tahan gelombang mikro. Jangan gunakan bekas logam, pinggan
mangkuk dan pencucuk dengan hiasan emas atau perak.
Tanggalkan ikatan pintalan wayar. Pengarkaan elektrik mungkin berlaku.
Jangan gunakan ketuhar untuk mengeringkan kertas atau kain.
Gunakan masa yang lebih singkat untuk makanan yang sedikit bagi mengelakkan pemanasan
berlebihan atau hangus.
Jauhkan kord kuasa dan palam kuasa daripada sumber air dan haba.
Untuk mengelakkan risiko letupan, jangan panaskan telur yang berkulit atau telur yang direbus
keras. Jangan panaskan bekas kedap udara atau kedap vakum, kekacang, tomato, dsb.
Jangan tutup lubang-lubang alur pengalihan udara dengan kain atau kertas. Ini ialah punca
kebakaran. Ketuhar juga mungkin menjadi terlalu panas dan dimatikan secara automatik, dan
akan kekal dimatikan sehingga ia sejuk secukupnya.
Sentiasa gunakan sarung tangan ketuhar apabila mengeluarkan hidangan.
Kacau cecair separuh masa semasa memanas atau selepas pemanasan tamat dan biarkan cecair
sekurang-sekurangnya 20 saat selepas pemanasan untuk mencegah didihan yang membuak-
buak.
Berdiri sejauh kira-kira dua kaki dari ketuhar apabila membuka pintunya untuk mengelakkan
melecur disebabkan udara atau wap panas yang keluar.
Jangan kendalikan ketuhar semasa ia kosong. Ketuhar akan dimatikan secara automatik selama
30 minit untuk tujuan keselamatan. Kami menyarankan meletakkan segelas air di dalam ketuhar
sepanjang masa untuk menyerap gelombang mikro jika ketuhar dihidupkan secara tidak sengaja.
Pasang ketuhar dengan mematuhi kelulusan di dalam manual ini. (Lihat Memasang ketuhar
gelombang mikro Anda)
Berhati-hati semasa menyambung peralatan elektrik lain ke soket berhampiran ketuhar.
Untitled-8 7 2017-02-09  4:39:56
Loading ...
Loading ...
Loading ...