Loading ...
Loading ...
Loading ...
Bahasa Melayu 25
Penggunaan ketuhar
Panduan cair beku kuasa
Jadual yang berikut menunjukkan pelbagai program Power Defrost (Cair Beku Kuasa), kuantiti
dan cadangan yang sesuai. Tanggalkan semua jenis bahan pembungkusan sebelum mencair beku.
Masukkan daging, ayam itik dan ikan ke dalam pinggan kaca yang rata atau pinggan seramik,
susun roti, kek dan buah di atas kertas dapur.
Kod Makanan Saiz hidangan Arahan
1 Daging 200-1500 g Balut bahagian-bahagian tepi dengan kerajang
aluminium. Balikkan daging apabila ketuhar
berbunyi bip. Program ini hanya sesuai untuk
daging lembu, kambing, babi, stik, potongan
daging, daging kisar. Biarkan selama 20-60 minit.
2 Ayam Itik 200-1500 g Balut bahagian kaki dan hujung kepak dengan
kerajang aluminium. Balikkan ayam itik apabila
ketuhar berbunyi bip. Program ini sesuai untuk
seekor ayam dan juga kepingan-kepingan ayam.
Biarkan selama 20-60 minit.
3 Ikan 200-1500 g Balut bahagian ekor ikan dengan kerajang
aluminium. Balikkan ikan apabila ketuhar
berbunyi bip. Program ini sesuai untuk seekor
ikan dan juga untuk let ikan. Biarkan selama
20-50 minit.
Kod Makanan Saiz hidangan Arahan
4 Roti/Kek 125-1000 g Letakkan roti secara melintang di atas sekeping
kertas dapur dan balikkan, sebaik saja ketuhar
berbunyi bip. Letakkan kek di atas pinggan
seramik dan jika boleh, balikkan sebaik sahaja
ketuhar berbunyi bip. (Ketuhar terus beroperasi
dan berhenti apabila anda membuka pintunya.)
Program ini sesuai untuk semua jenis roti, dalam
bentuk kepingan atau sebuku, serta untuk roti
rol dan baget. Atur roti rol dalam satu bulatan.
Program ini sesuai untuk semua jenis kek ragi,
biskut, kek keju dan pastri lapis. Ia tidak sesuai
untuk pastri rapuh/kerak, kek buah dan krim,
juga kek dengan hias atas coklat. Biarkan selama
10-30 minit.
5 Buah-Buahan 100-600 g Ratakan buah di dalam bekas kaca yang leper.
Program ini sesuai untuk semua jenis buah.
Biarkan selama 5-20 minit.
Untitled-8 25 2017-02-09  4:40:00
Loading ...
Loading ...
Loading ...