Loading ...
Loading ...
Bahasa Melayu 3
Arahan keselamatan
ARAHAN KESELAMATAN PENTING
BACA DENGAN TELITI DAN SIMPAN UNTUK RUJUKAN PADA
MASA HADAPAN.
FUNGSI GELOMBANG MIKRO SAHAJA
AMARAN: Jika pintu atau kedap pintu rosak, ketuhar tidak
boleh dikendalikan sehingga ia telah dibaiki oleh orang yang
cekap.
AMARAN: Adalah merbahaya bagi seseorang yang tidak
cekap menjalankan sebarang servis atau operasi pembaikan
yang melibatkan kerja menanggalkan penutup yang memberi
perlindungan daripada pendedahan kepada tenaga gelombang
mikro.
AMARAN: Cecair dan makanan lain tidak boleh dipanaskan di
dalam bekas yang di kedap kerana ia boleh meletup.
AMARAN: Hanya benarkan kanak-kanak menggunakan ketuhar
tanpa penyeliaan apabila arahan yang mencukupi telah
diberikan supaya kanak-kanak tersebut boleh menggunakan
ketuhar dengan cara yang selamat dan memahami bahaya
penggunaan yang tidak betul.
Alat ini bertujuan untuk digunakan dalam rumah sahaja dan ia
tidak bertujuan untuk digunakan seperti:
kawasan kakitangan dapur di dalam kedai, pejabat dan
persekitaran bekerja yang lain;
rumah ladang;
oleh klien di hotel, motel dan persekitaran penginapan yang
lain;
persekitaran jenis inap-sarapan;
Hanya gunakan perkakas dapur yang sesuai untuk digunakan
dalam ketuhar gelombang mikro.
Apabila memanaskan makanan dalam bekas plastik atau kertas,
perhatikan ketuhar untuk mengesan kemungkinan pencetusan
bunga api.
Bekas logam untuk makanan dan minuman tidak dibenarkan
semasa memasak menggunakan ketuhar gelombang mikro.
Ketuhar gelombang mikro dimaksudkan untuk pemanasan
makanan dan minuman. Pengeringan makanan atau pakaian
dan pemanasan pad penghangat, selipar, span, kain lembap dan
yang seakan-akan sama boleh menyebabkan risiko kecederaan,
penyalaan atau kebakaran.
Jika asap dikeluarkan, matikan atau cabut palam alat dan
pastikan pintu ketuhar ditutup untuk mematikan api;
Memanaskan minuman menggunakan gelombang mikro boleh
mengakibatkan pendidihan meluap tertunda, oleh itu pastikan
anda berhati-hati apabila memegang bekas.
Arahan keselamatan
Untitled-8 3 2017-02-09  4:39:56
Loading ...
Loading ...
Loading ...