Loading ...
Loading ...
Loading ...
Bahasa Melayu 35
Panduan memasak
Panduan Memasak untuk sayur-sayuran segar
Gunakan mangkuk pyrex kaca bertutup yang sesuai. Tambahkan 30-45 ml air sejuk (2-3 sudu
besar) untuk setiap 250 g kecuali jumlah air yang lain disyorkan – lihat jadual. Masak bertutup
untuk masa minimum – lihat jadual. Teruskan memasak untuk mendapatkan hasil yang anda
mahu. Kacau sekali semasa dan sekali selepas memasak. Tambahkan garam, herba atau mentega
selepas memasak. Tutup semasa masa biar selama 3 minit.
NOTA
Potong sayur-sayuran segar menjadi kepingan yang sama saiznya. Lebih kecil ia dipotong, lebih
cepat ia masak.
Makanan Saiz hidangan Kuasa Masa (min.)
Brokoli 250 g
500 g
900 W 4-4½
6-7
Arahan
Sediakan bunga-bunga yang sama saiznya. Atur batangnya ke tengah.
Hidangkan selepas dibiarkan selama 3 minit.
Kubis Brussel 250 g 900 W 5½-6
Arahan
Tambahkan 60-75 ml (5-6 sudu besar) air. Hidangkan selepas
dibiarkan selama 3 minit.
Lobak Merah 250 g 900 W 4-4½
Arahan
Potong lobak merah menjadi hirisan yang sama saiznya. Hidangkan
selepas dibiarkan selama 3 minit.
Kubis Bunga 250 g
500 g
900 W 4-4½
6½-7½
Arahan
Sediakan bunga-bunga yang sama saiznya. Belah dua bunga yang
besar. Atur batangnya ke tengah. Hidangkan selepas dibiarkan selama
3 minit.
Makanan Saiz hidangan Kuasa Masa (min.)
Courgette 250 g 900 W 3½-4
Arahan
Potong courgette menjadi hirisan. Tambahkan 30 ml (2 sudu besar)
air atau seketul mentega. Masak sehingga lembut. Hidangkan selepas
dibiarkan selama 3 minit.
Terung 250 g 900 W 3-3½
Arahan
Potong terung menjadi kepingan kecil dan renjiskan 1 sudu besar jus
lemon. Hidangkan selepas dibiarkan selama 3 minit.
Lik 250 g 900 W 3½-4
Arahan
Potong lik menjadi kepingan-kepingan yang tebal. Hidangkan selepas
dibiarkan selama 3 minit.
Cendawan 125 g
250 g
900 W 1½-2
2½-3
Arahan
Sediakan cendawan kecil yang tidak dipotong atau cendawan
yang dihiris. Jangan tambahkan air. Renjiskan dengan jus lemon.
Rempahkan dengan garam dan lada. Tuskan sebelum menghidangkan.
Hidangkan selepas dibiarkan selama 3 minit.
Bawang 250 g 900 W 4-4½
Arahan
Hiris bawang atau potong dua. Tambahkan hanya 15 ml (1 sudu besar)
air. Hidangkan selepas dibiarkan selama 3 minit.
Lada 250 g 900 W 4½-5
Arahan
Potong lada menjadi kepingan kecil. Hidangkan selepas dibiarkan
selama 3 minit.
Untitled-8 35 2017-02-09  4:40:03
Loading ...
Loading ...
Loading ...