Loading ...
Loading ...
Loading ...
Bahasa Melayu 29
Penggunaan ketuhar
Memilih aksesori
Proses masakan ketuhar tradisional memerlukan
perkakasan memasak. Bagaimanapun, anda
seharusnya hanya menggunakan perkakasan
memasak yang akan anda gunakan dalam ketuhar
biasa anda.
Bekas yang boleh digunakan dalam gelombang
mikro biasanya tidak sesuai untuk masakan
perolakan; jangan gunakan bekas dan pinggan
plastik, cawan kertas, tuala kertas, dsb.
Jika anda mahu memilih mod masakan
dikombinasikan (gelombang mikro dan gril atau
bagas panas), gunakan hanya bekas yang sesuai
untuk gelombang mikro dan tahan di dalam
ketuhar.
AWAS
Untuk maklumat lanjut tentang perkakasan dan
peralatan masakan yang sesuai, rujuk Panduan
perkakas memasak di halaman 33.
Menyatukan gelombang mikro dan gril
Anda boleh juga menggabungkan proses memasak gelombang mikro dengan gril untuk memasak
dengan lebih cepat dan memerangkan pada masa yang sama.
AWAS
SENTIASA gunakan perkakas memasak yang selamat digunakan dengan gelombang mikro
dan kalis ketuhar. Bekas kaca atau seramik adalah paling sesuai kerana ia membolehkan
gelombang mikro menembusi makanan dengan lebih seimbang.
SENTIASA gunakan sarung tangan ketuhar apabila menyentuh bekas di dalam ketuhar,
kerana ia sangat panas. Anda boleh mendapat hasil masakan dan menggril yang lebih baik
jika anda menggunakan rak tinggi.
Buka pintu. Letakkan makanan di atas rak yang lebih sesuai untuk jenis makanan yang hendak
dimasak. Letakkan bekas di atas piring putar. Tutup pintu ketuhar.
1
1. Tekan butang Combi (Kombi).
Penunjuk-penunjuk yang berikut dipaparkan:
Cb-1 (Gelombang Mikro + Gril)
2
2. Jadikan paparan menunjukkan Cb-1, dan
kemudian tekan Tombol Pemilih Berbilang
Fungsi.
Penunjuk-penunjuk yang berikut dipaparkan:
(Mod kombi Gelombang Mikro & Gril)
600 W (Kuasa output)
Untitled-8 29 2017-02-09  4:40:02
Loading ...
Loading ...
Loading ...