Loading ...
Loading ...
Loading ...
Bahasa Melayu 37
Panduan memasak
Makanan Saiz hidangan Kuasa Masa (min.)
Mi Segera 1 pek Kecil (80 g)
1 pek Besar (120 g)
900 W 7-7½
9-9½
Arahan
Gunakan mangkuk pyrex kaca. Masukkan mi dan tambahkan 350 ml
air pada suhu bilik ke dalam mangkuk. Masak dalam keadaan ditutup
dengan pembungkus dan ditusukkan beberapa kali. Selepas memasak,
sejatkan air dan campurkan mee segera dengan rempah.
Memanas semula
Ketuhar gelombang mikro anda akan memanas semula makanan dalam masa yang sangat singkat
berbanding dengan masa biasa yang diambil oleh hob ketuhar konvensional.
Gunakan aras kuasa dan masa memanas semula di dalam carta berikut sebagai panduan. Masa-
masa di dalam carta mengambil kira cecair dengan suhu bilik sekitar +18 hingga +20 °C atau
makanan dingin dengan suhu sekitar +5 hingga +7 °C.
Mengatur dan menutup
Elakkan memanaskan makanan besar seperti sepotong daging – ia selalunya menjadi terlampau
masak dan kering sebelum bahagian tengahnya menjadi panas menggelegak. Memanaskan
semula kepingan-kepingan kecil memberikan hasil yang lebih baik.
Aras kuasa dan mengacau
Sesetengah makanan boleh dipanaskan semula menggunakan kuasa 900 W sementara yang lain
pula harus dipanaskan semula menggunakan 600 W, 450 W atau malah 300 W.
Semak jadual untuk panduan. Umumnya, adalah lebih baik anda memanaskan semula makanan
menggunakan aras kuasa yang lebih rendah, jika makanan itu tidak terlalu berperisa, banyak,
atau jika besar kemungkinannya ia sangat cepat menjadi panas (pai daging kisar, contohnya).
Kacau rata atau balikkan makanan semasa memanaskan semula bagi hasil yang terbaik.
Jika boleh, kacau sekali lagi sebelum menghidangkan. Anda harus amat berhati-hati apabila
memanaskan cecair dan makanan bayi. Untuk mengelakkan pendidihan cecair yang membuak-
buak dan kemungkinan melepuh, kacau sebelum, semasa dan selepas pemanasan. Biarkan ia
di dalam ketuhar gelombang mikro semasa masa biar. Kami mengesyorkan anda meletakkan
sudu plastik atau batang kaca ke dalam cecair itu. Elakkan terlalu lama memanaskan (dan oleh
itu merosakkan) makanan. Adalah lebih baik anda menganggar kurang masa memasak dan
menambah masa memanas, jika perlu.
Memanaskan dan masa biar
Apabila memanaskan semula makanan buat pertama kalinya, sebaiknya anda membuat catatan
tentang masa yang diambil – untuk dirujuk pada masa hadapan. Sentiasa pastikan bahawa
makanan yang dipanaskan semula panas menggelegak keseluruhannya. Biarkan makanan itu
buat seketika selepas memanaskan semula – supaya suhunya menjadi seimbang. Masa biar yang
disarankan selepas memanaskan semula ialah 2-4 minit, kecuali masa yang lain disyorkan di
dalam carta. Anda harus amat berhati-hati apabila memanaskan cecair dan makanan bayi. Lihat
juga bab mengenai langkah-langkah keselamatan.
Untitled-8 37 2017-02-09  4:40:03
Loading ...
Loading ...
Loading ...