Loading ...
Loading ...
Loading ...
34 Bahasa Melayu
Panduan memasak
Gelombang mikro
Tenaga gelombang mikro sebenarnya menembusi makanan, tertarik kepada dan diserap oleh
kandungan air, lemak dan gulanya. Gelombang mikro menyebabkan molekul-molekul di dalam
makanan bergerak dengan pantas. Pergerakan molekul yang pantas ini menimbulkan geseran
dan haba yang dihasilkan memasak makanan.
Memasak
Perkakas memasak untuk proses memasak gelombang mikro:
Perkakas memasak mestilah membolehkan tenaga gelombang mikro menembusinya untuk
kecekapan maksimum. Gelombang mikro dipantulkan oleh logam, seperti keluli tahan karat,
aluminium dan tembaga, tetapi ia boleh menembusi seramik, kaca, tembikar dan plastik serta
kertas dan kayu. Jadi makanan tidak boleh dimasak di dalam bekas logam.
Makanan yang sesuai untuk proses memasak gelombang mikro:
Banyak jenis makanan sesuai untuk proses memasak gelombang mikro, termasuk sayur-sayuran
segar dan sejuk beku, buah-buahan, pasta, beras, biji-bijian, kacang, ikan dan daging. Sos,
kastard, sup, puding kukus, jeruk, dan cutni boleh juga dimasak di dalam ketuhar gelombang
mikro. Umumnya, proses memasak gelombang mikro adalah ideal bagi sebarang makanan yang
biasanya dimasak di atas dapur. Mencairkan mentega atau coklat, contohnya (lihat bab dengan
petua, cara dan panduan).
Menutup semasa memasak
Menutup makanan semasa memasak adalah sangat penting, kerana air yang menyejat naik
sebagai wap dan menolong proses memasak. Makanan boleh ditutup dengan pelbagai cara: spt.
dengan pinggan seramik, penutup plastik atau plastik lekap gelombang mikro yang sesuai.
Masa Biar
Selepas proses memasak selesai, masa biar untuk makanan adalah penting untuk membolehkan
suhu menjadi seimbang di dalam makanan.
Panduan Memasak untuk sayur-sayuran sejuk beku
Gunakan mangkuk pyrex kaca bertutup yang sesuai. Masak bertutup untuk masa minimum – lihat
jadual. Teruskan memasak untuk mendapatkan hasil yang anda mahu. Kacau dua kali semasa
memasak dan sekali selepas memasak. Tambahkan garam, herba atau mentega selepas memasak.
Tutup semasa masa biar.
Makanan Saiz hidangan Kuasa Masa (min.)
Bayam 150 g 600 W 5-6
Arahan
Tambahkan 15 ml (1 sudu besar) air sejuk. Hidangkan selepas
dibiarkan selama 2-3 minit.
Brokoli 300 g 600 W 8-9
Arahan
Tambahkan 30 ml (2 sudu besar) air sejuk. Hidangkan selepas
dibiarkan selama 2-3 minit.
Kacang Pis 300 g 600 W 7-8
Arahan
Tambahkan 15 ml (1 sudu besar) air sejuk. Hidangkan selepas
dibiarkan selama 2-3 minit.
Kacang Hijau 300 g 600 W 7½-8½
Arahan
Tambahkan 30 ml (2 sudu besar) air sejuk. Hidangkan selepas
dibiarkan selama 2-3 minit.
Sayur-sayuran
Campur (Lobak
Merah/Kacang Pea/
Jagung)
300 g 600 W 7-8
Arahan
Tambahkan 15 ml (1 sudu besar) air sejuk. Hidangkan selepas
dibiarkan selama 2-3 minit.
Sayur-sayuran
Campur (Gaya Cina)
300 g 600 W 7½-8½
Arahan
Tambahkan 15 ml (1 sudu besar) air sejuk. Hidangkan selepas
dibiarkan selama 2-3 minit.
Panduan memasak
Untitled-8 34 2017-02-09  4:40:03
Loading ...
Loading ...
Loading ...