Loading ...
Loading ...
Loading ...
Bahasa Melayu 7
Arahan keselamatan
Jangan letakkan sebarang objek di antara pintu ketuhar dengan muka depan atau
membiarkan sisa makanan atau bahan pembersih terkumpul pada permukaan kedap.
Pastikan pintu dan permukaan kedap pintu sentiasa bersih dengan mengelapnya
dengan kain lembap dan kemudian dengan kain kering yang lembut selepas setiap
penggunaan.
Jangan kendalikan ketuhar semasa ia rosak. Hanya kendalikan selepas telah dibaiki
oleh juruteknik yang layak.
Penting: pintu ketuhar perlu ditutup dengan betul. Pintu tidak boleh bengkok; engsel
pintu tidak boleh rosak atau longgar; penutup pintu dan permukaan penutup tidak
boleh rosak.
Semua pengubahsuaian atau pembaikan perlu dilakukan oleh juruteknik yang layak.
Waranti terhad
Samsung akan mengenakan caj pembaikan bagi menggantikan aksesori atau memperbaiki
kecacatan kosmetik sekiranya kerosakan unit atau aksesori disebabkan oleh pelanggan. Item
bagi syarat ini merangkumi termasuk:
Pintu, pemegang, panel keluar atau panel kawalan kemik, tercalar atau rosak.
Tray, roda pandu, pengganding atau rak wayar yang rosak atau hilang.
Gunakan alat ini hanya untuk tujuan yang dimaksudkan seperti yang diterangkan di dalam
manual arahan ini. Amaran dan Arahan Keselamatan di dalam buku panduan ini tidak
merangkumi semua keadaan dan situasi yang boleh berlaku. Anda bertanggungjawab untuk
menggunakan akal, berwaspada dan berhati-hati semasa memasang, menyelenggarakan
dan mengendalikan ketuhar anda.
Oleh kerana arahan pengendalian berikut meliputi pelbagai model, ciri ketuhar gelombang
mikro anda mungkin berbeza sedikit daripada yang diterangkan di dalam manual ini dan
bukan semua tanda-tanda amaran boleh digunakan. Jika anda mempunyai sebarang soalan
atau keprihatinan, hubungi pusat perkhidmatan yang terdekat dengan anda atau dapatkan
bantuan dan maklumat dalam talian di www.samsung.com.
Gunakan ketuhar untuk memanaskan makanan sahaja. Ianya bertujuan untuk kegunaan
rumah domestik sahaja. Jangan panaskan sebarang jenis kain atau kusyen yang diisi
dengan bijian. Pengilang tidak boleh dipertanggungjawabkan untuk kerosakan yang
disebabkan oleh penggunaan alat yang tidak sesuai atau tidak betul.
Untuk mengelakkan kerosakan permukaan ketuhar dan situasi berbahaya, sentiasa pastikan
ketuhar bersih dan dijaga dengan baik.
Langkah berjaga-jaga ketuhar gelombang mikro
Hanya gunakan peralatan selamat untuk gelombang mikro. Jangan gunakan bekas metalik,
set makan malam diperbuat daripada emas atau perak, pencucuk, dll.
Betulkan ikatan berpintal wayar. Pengarkan elektrik boleh berlaku.
Jangan gunakan ketuhar untuk mengeringkan kertas atau kain.
Gunakan masa yang lebih singkat untuk makanan yang sedikit bagi mengelakkan
pemanasan berlebihan dan menghanguskan makanan.
Pastikan kord kuasa dan palam kuasa jauh dari sumber air dan pemanasan.
Untuk mengelakkan risiko letupan, jangan panaskan telur dengan kulit atau telur separuh
masak. Jangan panaskan bekas kedap udara atau ditutup vakum, kacang, tomato dll.
Jangan tutup lubang-lubang alur pengalihan udara dengan kain atau kertas. Ini bahaya
kebakaran. Ketuhar juga boleh menjadi terlalu panas dan dimatikan secara automatik, dan
akan kekal dimatikan sehingga ia telah sejuk secukupnya.
Sentiasa gunakan sarung tangan untuk ketuhar semasa mengeluarkan makanan.
Kacau cecair separuh masa semasa memanas atau selepas pemanasan tamat dan biarkan
cecair sekurang-sekurangnya 20 saat selepas pemanasan untuk mencegah didihan yang
membuak-buak.
Berdiri sejauh kira-kira dua kaki dari ketuhar apabila membuka pintunya untuk
mengelakkan melecur disebabkan udara atau wap panas yang keluar.
Jangan kendalikan ketuhar semasa ia kosong. Ketuhar akan dimatikan secara automatik
selama 30 minit untuk tujuan keselamatan. Kami menyarankan meletakkan segelas air di
dalam ketuhar sepanjang masa untuk menyerap gelombang mikro jika ketuhar dihidupkan
secara tidak sengaja.
Pasang ketuhar dengan mematuhi kelulusan yang dinyatakan di dalam manual ini. (Lihat
memasang ketuhar gelombang mikro anda.)
Berhati-hati semasa menyambung peralatan elektrik lain pada soket berhampiran ketuhar.
Langkah berjaga-jaga pengendalian gelombang mikro
Kegagalan mematuhi langkah-langkah keselamatan berikut boleh mengakibatkan
pendedahan kepada tenaga gelombang mikro yang memudaratkan.
Jangan kendalikan ketuhar dengan pintu terbuka. Jangan ubah saling kunci
keselamatan (selak pintu). Jangan masukkan apa jua ke dalam lubang saling kunci
keselamatan.
MC35J8088LT_SP_DE68-04321J-02_MS.indd 7 10/18/2016 4:34:34 PM
Loading ...
Loading ...
Loading ...