Loading ...
Loading ...
Loading ...
6 Bahasa Melayu
Arahan keselamatan
Arahan keselamatan
Jangan masukkan jari atau bahan asing. Jika bahan asing memasuki ketuhar, cabut palam
kord kuasa dan hubungi pusat perkhidmatan Samsung tempatan.
Jangan kenakan tekanan atau hentaman berlebihan pada alat.
Jangan letakkan ketuhar pada objek yang rapuh.
Pastikan voltan kuasa, frekuensi dan litar sepadan dengan pengelasan produk.
Pasang palam kuasa pada soket dinding dengan kukuh. Jangan gunakan penyesuai
berbilang palam, kord pemanjang atau pengubah elektrik.
Jangan cangkuk kord kuasa pada objek logam. Pastikan kord berada di antara objek atau di
belakang ketuhar.
Jangan gunakan palam kuasa yang rosak, kord kuasa yang rosak atau soket dinding yang
longgar. Untuk palam kuasa atau kord yang rosak, hubungi pusat perkhidmatan Samsung
tempatan.
Jangan tuang atau sembur air pada ketuhar.
Jangan letakkan objek atas ketuhar, di dalam atau di pintu ketuhar.
Jangan semburkan bahan meruap seperti ubat serangga pada ketuhar.
Jangan simpan bahan-bahan mudah terbakar di dalam ketuhar. Disebabkan oleh wap
alkohol boleh menyentuh bahagian panas ketuhar, berjaga-jaga semasa memanaskan
makanan atau minuman yang mengandungi alkohol.
Kanak-kanak mungkin terlanggar sesama sendiri atau tersepit jari di pintu. Semasa
membuka/menutup pintu, jauhi dari kanak-kanak.
Amaran gelombang mikro
Memanaskan minuman menggunakan gelombang mikro boleh mengakibatkan pendidihan
meluap tertunda; sentiasa berhati-hati apabila memegang bekas. Sentiasa biarkan minuman
selama sekurang-kurangnya 20 saat sebelum memegangnya. Jika perlu, kacau semasa
pemanasan. Sentiasa kacau selepas pemanasan.
Sekiranya kulit anda melecur, ikut arahan PERTOLONGAN CEMAS ini:
1. Rendam bahagian yang melecur dalam air sejuk selama sekurang-kurangnya 10 minit.
2. Balut dengan pembalut yang bersih dan kering.
3. Jangan sapu sebarang krim, minyak atau losen.
Untuk mengelakkan kerosakan tray atau rak, jangan letakkan tray atau rak dalam air sebaik
sahaja selepas memasak.
Jangan kendalikan ketuhar untuk menggoreng dengan minyak yang banyak kerana suhu
minyak tidak boleh dikawal. Ini boleh menyebabkan cecair yang panas itu mendidih
berlebihan.
Alat ini boleh digunakan oleh kanak-kanak berusia 8 tahun ke atas
dan orang-orang yang kekurangan keupayaan zikal, deria atau
mental atau kurang pengalaman dan pengetahuan jika mereka
telah diselia atau diberi arahan mengenai penggunaan alat dengan
cara yang selamat dan memahami bahaya yang terlibat. Kanak-
kanak tidak seharusnya bermain dengan alat ini. Kanak-kanak tidak
sepatutnya melakukan pembersihan dan penyenggaraan pengguna
melainkan mereka berusia daripada 8 tahun ke atas dan diawasi.
Jauhkan alat dan kordnya daripada capaian kanak-kanak berusia
kurang daripada 8 tahun.
Keselamatan umum
Sebarang pengubahsuaian atau pembaikian mesti dijalankan oleh kakitangan yang
berkelayakan sahaja.
Jangan panaskan makanan atau cecair yang tertutup rapat di dalam bekas untuk fungsi
ketuhar gelombang mikro.
Jangan gunakan benzena, pencair, alkohol, pembersih wap atau pembersih tekanan tinggi
untuk membersihkan alat ini.
Jangan pasang ketuhar: berdekatan dengan pemanas atau bahan mudah bakar; lokasi yang
lembap, berminyak, berdebu atau terdedah kepada cahaya matahari langsung atau air; atau
di tempat gas mungkin bocor; atau di atas permukaan yang tidak rata.
Alat ini mesti dibumikan dengan betul menurut kod-kod tempatan dan antarabangsa.
Gunakan kain kering dengan kerap untuk menghapuskan bahan asing dari terminal palam
kuasa dan titik sentuh.
Jangan tarik atau terlalu bengkokkan atau letakkan objek berat atas kord kuasa.
Jika terdapat kebocoran gas (propana, LP, dsb) alih udarakannya dengan segera. Jangan
sentuh kord kuasanya.
Jangan sentuh palam kuasa dengan tangan yang basah.
Semasa ketuhar sedang digunakan, jangan matikannya dengan mencabut kord kuasa.
MC35J8088LT_SP_DE68-04321J-02_MS.indd 6 10/18/2016 4:34:34 PM
Loading ...
Loading ...
Loading ...