Loading ...
Loading ...
Bahasa Melayu 3
Arahan keselamatan
Arahan keselamatan
ARAHAN KESELAMATAN PENTING
BACA DENGAN TELITI DAN SIMPAN UNTUK RUJUKAN PADA MASA
HADAPAN.
FUNGSI GELOMBANG MIKRO SAHAJA
AMARAN: Jika pintu atau kedap pintu rosak, ketuhar tidak boleh
dikendalikan sehingga ia telah dibaiki oleh orang yang cekap.
AMARAN: Adalah merbahaya bagi seseorang yang tidak cekap
menjalankan sebarang servis atau operasi pembaikan yang
melibatkan kerja menanggalkan penutup yang memberi perlindungan
daripada pendedahan kepada tenaga gelombang mikro.
AMARAN: Cecair dan makanan lain tidak boleh dipanaskan di dalam
bekas yang di kedap kerana ia boleh meletup.
AMARAN: Hanya benarkan kanak-kanak menggunakan ketuhar tanpa
penyeliaan apabila arahan yang mencukupi telah diberikan supaya
kanak-kanak tersebut boleh menggunakan ketuhar dengan cara yang
selamat dan memahami bahaya penggunaan yang tidak betul.
Alat ini bertujuan untuk digunakan dalam rumah sahaja dan ia tidak
bertujuan untuk digunakan seperti:
kawasan kakitangan dapur di dalam kedai, pejabat dan
persekitaran bekerja yang lain;
rumah ladang;
oleh klien di hotel, motel dan persekitaran penginapan yang lain;
persekitaran jenis inap-sarapan;
Hanya gunakan perkakas dapur yang sesuai untuk digunakan dalam
ketuhar gelombang mikro.
Apabila memanaskan makanan dalam bekas plastik atau kertas,
perhatikan ketuhar untuk mengesan kemungkinan pencetusan
bunga api.
Bekas logam untuk makanan dan minuman adalah tidak dibenarkan
semasa memasak di dalam ketuhar gelombang mikro.
Ketuhar gelombang mikro dimaksudkan untuk pemanasan makanan
dan minuman. Pengeringan makanan atau pakaian dan pemanasan
pad penghangat, selipar, span, kain lembap dan yang seakan-
akan sama boleh menyebabkan risiko kecederaan, penyalaan atau
kebakaran.
Jika asap dikeluarkan, matikan atau cabut palam alat dan pastikan
pintu ketuhar ditutup untuk mematikan api;
Memanaskan minuman menggunakan gelombang mikro boleh
mengakibatkan pendidihan meluap tertunda, oleh itu pastikan anda
berhati-hati apabila memegang bekas.
Kandungan botol makanan bayi dan balang makanan bayi harus
dikacau atau di goncang dan suhunya diperiksa sebelum makanan
dimakan, bagi mengelakkan luka terbakar.
MC35J8088LT_SP_DE68-04321J-02_MS.indd 3 10/18/2016 4:34:34 PM
Loading ...
Loading ...
Loading ...