Loading ...
Loading ...
Loading ...
Bahasa Melayu 9
Penyelenggaraan
Penyelenggaraan
Pembersihan
Bersihkan ketuhar dengan kerap untuk mengelakkan kotoran daripada terkumpul pada atau di
dalam ketuhar. Turut berikan perhatian khusus pada pintu, pengadang pintu, dan piring putar
serta gelang roda (model berkenaan sahaja).
Jika pintu tidak terbuka dan tertutup dengan lancar, periksa dahulu jika pengadang pintu telah
mengumpulkan kotoran. Gunakan kain lembut dalam air sabun untuk membersihkan kedua-dua
bahagian dalam dan luar ketuhar. Bilas dan keringkan.
Untuk membuang kotoran degil dengan bau busuk daripada bahagian dalam ketuhar
1. Dengan ketuhar yang kosong, letakkan secawan jus lemon yang dicairkan di tengah piring
putar.
2. Panaskan ketuhar selama 10 minit pada kuasa maks.
3. Apabila kitaran lengkap, tunggu sehingga ketuhar menyejuk. Kemudian, buka pintu dan
bersihkan ruang memasak.
Untuk membersihkan bahagian dalam model pemanas-berputar
Untuk membersihkan kawasan atas ruang memasak,
rendahkan elemen pemanasan atas sebanyak
45° seperti yang ditunjukkan. Ini akan membantu
membersihkan kawasan atas. Apabila selesai,
letakkan semula elemen pemanasan atas.
AWAS
Pastikan pintu dan pengadang pintu bersih dan pastikan pintu terbuka dan tertutup dengan
lancar. Jika tidak, kitar hidup ketuhar akan pendek.
Ambil langkah berjaga-jaga untuk tidak menumpahkan air ke dalam pengudaraan ketuhar.
Jangan gunakan sebarang bahan kimia atau pelelas untuk pembersihan.
Selepas setiap penggunaan ketuhar, gunakan bahan pencuci lembut untuk membersihkan
ruang memasak selepas menunggu ketuhar untuk menyejuk.
Tapak pemasangan
20 sm di atas
10 sm di
belakang
85 sm dari
lantai
10 sm
di tepi
Pilih permukaan rata, mendatar sekitar
85 sm atas lantai. Permukaan itu mestilah
menyokong berat ketuhar.
Bilik yang selamat untuk pengudaraan,
sekurang-kurangnya 10 sm daripada dinding
belakang dan kedua-dua tepi, dan 20 sm
daripada atas.
Jangan pasang ketuhar dalam persekitaran
yang panas atau lembap, seperti di sebelah
penyinar atau ketuhar gelombang mikro lain.
Mematuhi spesikasi bekalan kuasa ketuhar
ini. Hanya gunakan kabel sambungan jika anda
perlu menggunakannya.
Lap bahagian dalam dan pengadang
pintu dengan kain yang lembap sebelum
menggunakan ketuhar anda buat pertama kali.
Piring putar
Buang semua bahan pembungkusan dari bahagian
dalam ketuhar. Pasang gelang pengguling dan
piring putar. Periksa bagi memastikan piring putar
berputar dengan bebas.
MC32J7055HT_SP_DE68-04319M-02_MS.indd 9 2015-11-05  3:14:54
Loading ...
Loading ...
Loading ...