Loading ...
Loading ...
Loading ...
36 Bahasa Melayu
Panduan memasak
Panduan memasak
Makanan Saiz Hidangan Kuasa Masa (min.)
Mee Segera 1 pek Kecil (80 g)
1 pek Besar (120 g)
900 W 7-7½
9-9½
Arahan
Gunakan mangkuk pyrex kaca. Masukkan mee dan tambahkan 350 ml
air pada suhu bilik ke dalam mangkuk. Masak dalam keadaan ditutup
dengan pembungkus dan ditusukkan beberapa kali. Selepas memasak,
sejatkan air dan campurkan mee segera dengan rempah.
Memanas semula
Ketuhar gelombang mikro anda akan memanas semula makanan dalam masa yang sangat singkat
berbanding dengan masa biasa yang diambil oleh hob ketuhar konvensional.
Gunakan aras kuasa dan masa memanas semula di dalam carta berikut sebagai panduan.
Masa-masa di dalam carta mengambil kira cecair dengan suhu bilik sekitar +18 hingga +20 °C
atau makanan dingin dengan suhu sekitar +5 hingga +7 °C.
Mengatur dan menutup
Elakkan memanas semula item besar seperti daging sendi - ia cenderung untuk menjadi terlalu
masak atau kering sebelum bahagian tengahnya betul-betul panas.
Memanaskan semula kepingan-kepingan kecil memberikan hasil yang lebih baik.
Ar
as kuasa dan mengacau
Sesetengah makanan boleh dipanaskan semula menggunakan kuasa 900 W sementara yang lain
pula harus dipanaskan semula menggunakan 600 W, 450 W atau malah 300 W.
Semak jadual untuk panduan.
Umumnya, adalah lebih baik anda memanaskan semula makanan menggunakan aras kuasa yang
lebih rendah, jika makanan itu tidak terlalu berperisa, banyak, atau jika besar kemungkinannya ia
sangat cepat menjadi panas (pai daging kisar, contohnya).
Kacau rata atau balikkan makanan semasa memanaskan semula bagi hasil yang terbaik.
Jika boleh, kacau sekali lagi sebelum menghidangkan.
Anda harus amat berhati-hati apabila memanaskan cecair dan makanan bayi. Untuk mengelakkan
pendidihan cecair yang membuak-buak dan kemungkinan melepuh, kacau sebelum, semasa dan
selepas pemanasan. Biarkan ia di dalam ketuhar gelombang mikro semasa masa biar.
Kami mengesyorkan anda meletakkan sudu plastik atau batang kaca ke dalam cecair itu.
Elakkan terlalu lama memanaskan (dan oleh itu merosakkan) makanan. Adalah lebih baik anda
menganggar kurang masa memasak dan menambah masa memanas, jika perlu.
Memanaskan dan masa biar
Apabila memanaskan semula makanan buat kali pertama, adalah baik untuk mengambil perhatian
masa yang diambil - untuk rujukan di masa hadapan. Sentiasa pastikan bahawa makanan yang
dipanaskan semula panas menggelegak keseluruhannya. Biarkan makanan itu buat seketika
selepas memanaskan semula – supaya suhunya menjadi seimbang. Masa biar yang disarankan
selepas memanaskan semula ialah 2-4 minit, kecuali masa yang lain disyorkan di dalam carta.
Anda harus amat berhati-hati apabila memanaskan cecair dan makanan bayi. Lihat juga bab
mengenai langkah-langkah keselamatan.
Memanaskan semula cecair
Sentiasa berikan masa biar selama sekurang-kurangnya 20 saat selepas ketuhar dimatikan untuk
membolehkan suhunya menjadi seimbang. Kacau semasa memanaskan, jika perlu, dan SENTIASA
kacau selepas memanaskan. Untuk mencegah didihan yang membuak-buak dan kemungkinan
kulit anda melecur, anda harus meletakkan sudu atau batang kaca ke dalam minuman dan kacau
sebelum, semasa dan selepas memanaskannya.
Memanas semula makanan bayi
Makanan bayi:
Tuang ke dalam pinggan seramik yang dalam. Tutup dengan penutup plastik.
Kacau rata selepas memanaskan semula! Biarkan selama 2-3 minit sebelum menghidangkan.
K
acau sekali lagi dan periksa suhunya. Suhu hidangan yang disarankan: antara 30-40 °C.
Susu bayi:
Tuang susu ke dalam botol kaca yang telah disteril. Panaskan tanpa ditutup. Jangan sesekali
memanaskan botol bayi dengan putingnya sekali, kerana botol boleh meletup jika terlampau
panas. Goncang betul-betul sebelum masa biar dan sekali lagi sebelum menghidangkan !
Sentiasa periksa suhu susu atau makanan bayi dengan teliti sebelum memberinya kepada bayi.
Suhu hidangan y
ang disarankan: ca. 37 °C.
MC32J7055HT_SP_DE68-04319M-02_MS.indd 36 2015-11-05  3:15:00
Loading ...
Loading ...
Loading ...