Loading ...
Loading ...
Loading ...
Bahasa Melayu - 10
Kacau cecair separuh masa semasa memanas
atau selepas pemanasan tamat dan biarkan cecair
sekurang-sekurangnya 20 saat selepas pemanasan
untuk mencegah didihan yang membuak-buak.
Berdiri sejauh kira-kira dua kaki dari ketuhar apabila
membuka pintunya untuk mengelakkan melecur
disebabkan udara atau wap panas yang keluar.
Jangan kendalikan ketuhar gelombang mikro
semasa ia kosong. Ketuhar gelombang mikro akan
dimatikan secara automatik selama 30 minit untuk
tujuan keselamatan. Kami menyarankan meletakkan
segelas air di dalam ketuhar sepanjang masa untuk
menyerap gelombang mikro jika ketuhar gelombang
mikro dihidupkan secara tidak sengaja.
Pasang ketuhar dengan mematuhi kelulusan yang
dinyatakandidalammanualini.(Lihatmemasang
ketuhar gelombang mikro anda.)
Berhati-hati semasa menyambung peralatan elektrik
lain pada soket berhampiran ketuhar.
LANGKAH BERJAGA-JAGA UNTUK MENGELAKKAN
KEMUNGKINAN PENDEDAHAN PADA TENAGA
GELOMBANG MIKRO YANG MELAMPAU.
(FUNGSI GELOMBANG MIKRO SAHAJA)
Kegagalan mematuhi langkah-langkah keselamatan berikut boleh mengakibatkan
pendedahan kepada tenaga gelombang mikro yang memudaratkan.
(a) Dalam apa keadaan sekalipun, jangan sekali-kali cuba mengendalikan
ketuhar dengan pintunya terbuka atau mengusik saling kunci keselamatan
(selak pintu) atau memasukkan sesuatu benda ke dalam lubang saling kunci
keselamatan.
(b) JANGAN letakkan sebarang objek di antara pintu ketuhar dengan muka
depan atau membiarkan sisa makanan atau bahan pembersih terkumpul
pada permukaan kedap. Pastikan pintu dan permukaan kedap pintu sentiasa
bersih dengan mengelapnya selepas digunakan mula-mula dengan kain
lembap dan kemudian dengan kain kering yang lembut.
AWAS
Hanya gunakan perkakas yang sesuai untuk
digunakan di dalam ketuhar gelombang mikro;
JANGAN gunakan sebarang bekas logam, Pinggan
mangkuk makan malam dengan kemasan emas
atau perak, Pencucuk, garpu, dll.
Tanggalkan ikatan pintal dawai dari beg kertas atau
plastik.
Sebab: Pengarkaan atau pencucuhan elektrik boleh
berlaku dan boleh merosakkan ketuhar.
Jangan gunakan ketuhar gelombang mikro untuk
mengeringkan kertas atau kain.
Gunakan masa yang lebih singkat untuk makanan
yang sedikit bagi mengelakkan pemanasan
berlebihan dan menghanguskan makanan.
Jangan rendam kabel kuasa atau palam kuasa di
dalam air dan jauhkan kabel kuasa dari haba.
Telur dalam kulitnya dan telur rebus tidak harus
dipanaskan di dalam ketuhar gelombang mikro
oleh kerana ia boleh meletup, walaupun setelah
pemanasan gelombang mikro selesai; Selain itu,
jangan panaskan botol kedap udara atau dikedap
vakum, balang, bekas, kacang dalam kulit, tomato,
dll.
Jangan tutup lubang-lubang alur pengalihan udara
dengan kain atau kertas. Ia boleh terbakar semasa
udara panas keluar dari ketuhar. Ketuhar juga
boleh menjadi terlalu panas dan dimatikan secara
automatik, dan akan kekal dimatikan sehingga ia
telah sejuk secukupnya.
Sentiasa gunakan sarung tangan ketuhar
apabila mengeluarkan bekas dari ketuhar untuk
mengelakkan luka terbakar yang tidak disengajakan.
MS23F302TAK_SP_DE68-04237B_MA.indd 10 11/1/2013 8:54:05 AM
Loading ...
Loading ...
Loading ...