Loading ...
Loading ...
Loading ...
10
Bahasa Melayu
Maklumat keselamatan
Maklumat keselamatan
Jangan letakkan ketuhar ini di atas benda yang mudah pecah seperti singki atau benda
kaca.
Jangan gunakan benzena, pencair, alkohol, pembersih wap atau pembersih tekanan tinggi
untuk membersihkan alat ini.
Pastikan bahawa voltan kuasa, frekuensi dan arus adalah sama seperti spesikasi produk.
Pasang palam kuasa pada soket dinding dengan kukuh. Jangan gunakan penyesuai
berbilang palam, kord pemanjang atau pengubah elektrik.
Jangan sangkutkan kord kuasa pada objek logam, masukkan kord kuasa di antara objek
atau di belakang ketuhar.
Jangan gunakan palam kuasa yang rosak, kord kuasa yang rosak atau soket dinding yang
longgar. Apabila palam kuasa atau kord kuasa rosak, hubungi pusat perkhidmatan yang
terdekat dengan anda.
Jangan tuang atau sembur air pada ketuhar.
Jangan letakkan objek atas ketuhar, di dalam atau di pintu ketuhar.
Jangan semburkan bahan meruap seperti ubat serangga pada permukaan ketuhar.
Jangan simpan bahan-bahan mudah terbakar di dalam ketuhar. Berhati-hati semasa
memanaskan masakan atau minuman yang mengandungi alkohol kerana wap alkohol
boleh terkena bahagian ketuhar yang panas.
Jauhkan kanak-kanak daripada pintu apabila membuka atau menutupnya kerana mereka
mungkin terlanggar pintu atau tersepit jari pada pintu.
AMARAN: Pemanasan minuman menggunakan gelombang mikro boleh menyebabkan
pendidihan letusan lewat; oleh itu anda harus berhati-hati apabila mengendalikan bekas;
Untuk mencegah situasi ini SENTIASA beri masa biar sekurang-kurangnya 20 saat selepas
ketuhar dimatikan supaya suhu boleh menjadi sama rata. Kacau semasa memanaskan, jika
perlu, dan SENTIASA kacau selepas memanaskan.
Sekiranya kulit anda melecur, ikut arahan PERTOLONGAN CEMAS berikut:
Rendam bahagian yang melecur dalam air sejuk selama sekurang-kurangnya 10 minit.
Balut dengan pembalut yang bersih dan kering.
Jangan sapu sebarang krim, minyak atau losen.
Jangan masukkan dulang atau rak ke dalam air sejurus selepas memasak kerana ia boleh
menyebabkan dulang atau rak retak atau rosak.
Jangan kendalikan ketuhar gelombang mikro untuk menggoreng dengan minyak yang
banyak kerana suhu minyak tidak boleh dikawal. Ini boleh menyebabkan cecair yang
panas itu mendidih berlebihan.
MS28J5255UB_SP_DE68-04333T-01_MS.indd 10 2015-06-05  2:47:07
Loading ...
Loading ...
Loading ...