Loading ...
Loading ...
Loading ...
Bahasa Melayu
9
Maklumat keselamatan
Pintu atau permukaan luar mungkin menjadi panas semasa alat sedang
beroperasi.
Jauhkan alat dan kordnya daripada capaian kanak-kanak berusia kurang
daripada 8 tahun.
Alat-alat tidak dimaksudkan untuk dikendalikan dengan menggunakan pemasa
luaran atau sistem kawalan jauh berasingan.
Keselamatan umum
AMARAN
Hanya kakitangan berkelayakan patut dibenarkan untuk mengubahsuai atau memperbaiki
alat.
Jangan panaskan cecair atau makanan lain dalam bekas yang dikedap menggunakan
fungsi gelombang mikro.
Untuk keselamatan anda, jangan gunakan pembersih air tekanan tinggi atau pembersih jet
wap.
Jangan pasang alat ini; berdekatan pemanas, bahan mudah terbakar, di lokasi yang
lembap, berminyak dan berhabuk, di lokasi yang terdedah kepada sinaran cahaya matahari
dan air atau di mana kebocoran gas boleh berlaku; atau tapak yang tidak rata.
Alat ini mesti dibumikan dengan betul menurut kod-kod tempatan dan antarabangsa.
Hilangkan semua bahan-bahan asing seperti habuk atau air dari terminal-terminal palam
kuasa dan titik sentuhan menggunakan kain kering dengan kerap.
Jangan tarik atau terlalu bengkokkan atau letakkan objek berat atas kord kuasa.
Sekiranya berlaku kebocoran gas (seperti gas propana, gas LP, dll), alih udara dengan
segera tanpa menyentuh palam kuasa.
Jangan sentuh palam kuasa dengan tangan yang basah.
Jangan matikan alat ini dengan mencabut palam kuasa semasa ia sedang beroperasi.
Jangan masukkan jari atau benda asing. Jika sebarang benda asing seperti air memasuki
alat ini, cabut palam kuasa dan hubungi pusat perkhidmatan yang terdekat dengan anda.
Jangan kenakan tekanan atau hentaman berlebihan pada alat.
MS28J5255UB_SP_DE68-04333T-01_MS.indd 9 2015-06-05  2:47:07
Loading ...
Loading ...
Loading ...