Loading ...
Loading ...
Loading ...
8
EN
IN
JA
KO
MS
TH
VI
TW
CH
Keperluan keselamatan dan amaran
Perkakas ini boleh digunakan oleh kanak-kanak yang
berumur daripada 8 tahun dan ke atas serta orang
yang kurang upaya dari segi zikal, deria atau mental
atau kurang berpengalaman dan pengetahuan
jika penyeliaan atau arahan telah diberikan berkenaan
dengan penggunaan perkakas dengan cara yang
selamat dan memahami bahaya yang terlibat.
AMARAN: Muncung turbo* mempunyai berus
berputar yang boleh memerangkap benda. Sila
gunakannya dengan berhati-hati dan hanya pada
permukaan yang dimaksudkan. Sila matikan
pembersih vakum sebelum mengeluarkan benda
yang terperangkap atau membersihkan berus. Kanak-
kanak hendaklah diselia untuk memastikan bahawa
mereka tidak bermain dengan perkakas tersebut.
Pembersihan dan penyelenggaraan tidak sepatutnya
dilakukan oleh kanak-kanak tanpa penyeliaan. Sentiasa
cabut palam daripada sesalur sebelum membersihkan
atau menyelenggarakan perkakas. Jangan sekali-kali
menggunakan pembersih vakum tanpa penapisnya.
Waspada
Perkakas ini mempunyai sambungan elektrik:
Jangan sekali-kali memvakum sebarang cecair
Jangan rendam di dalam sebarang cecair untuk
dibersihkan
Hos mestilah diperiksa dengan kerap dan tidak boleh
digunakan jika rosak.
Perkara di atas boleh menyebabkan kerosakan serius
kepada motor, yang tidak diliputi oleh waranti.
Pembersih vakum ini untuk kegunaan domestik sahaja.
Jangan sekali-kali menggunakan pembersih vakum
Berdekatan dengan gas yang mudah terbakar, dll.
Pada objek yang tajam
Pada sinder yang panas atau sejuk, puntung rokok
yang menyala, dll.
Pada habuk halus, contohnya plaster, konkrit, tepung.
Langkah berjaga-jaga kord kuasa
Periksa dengan kerap bahawa palam dan kord tidak
rosak. Jangan sekali-kali menggunakan pembersih
vakum jika kord rosak.
Jika kord rosak, ia mestilah diganti hanya oleh pusat
servis Electrolux yang bertauliah untuk mengelakkan
bahaya. Kerosakan kepada kord pembersih vakum
tidak diliputi oleh waranti.
Jangan sekali-kali menarik atau mengangkat
pembersih vakum menggunakan kordnya.
Semua kerja-kerja servis dan pembaikan mestilah
dijalankan oleh pusat servis Electrolux yang bertauliah.
Simpan pembersih vakum di tempat yang kering.
Dasar maklumat pengguna dan kemampanan
Electrolux menakan semua tanggungjawab untuk
semua kerosakan yang timbul daripada mana-mana
penggunaan perkakas secara yang tidak wajar
atau dalam kes yang menyalahgunakan perkakas.
Untuk butiran lanjut tentang waranti dan hubungan
pengguna, sila lihat Buku Kecil Waranti di dalam
bungkusan
Jika anda mempunyai sebarang komen tentang
pembersih atau manual Arahan Pengendalian sila
lawati laman web kami www.electrolux.com
Dasar kemampanan
Produk ini direka bentuk dengan mempertimbangkan
alam sekitar. Semua bahagian plastik ditandai untuk
tujuan kitar semula. Untuk perincian, sila lihat laman
web kami: www.electrolux.com
Bahan pembungkusan dipilih daripada bahan yang
mesra alam dan boleh dikitar semula.
Langkah berjaga-jaga keselamatan
Loading ...
Loading ...
Loading ...