Loading ...
Loading ...
Loading ...
76
ACERCA DE SU PRIVACIDAD
Dyson y sus agentes retendrán su información para fines promocionales, comerciales y de servicio.
Si su información cambia, si cambia de opinión con respecto a cualquiera de sus preferencias comerciales,
o si tiene dudas con respecto a cómo usamos su información, comuníquese con Dyson.
Para obtener más información sobre cómo protegemos su privacidad, consulte nuestra política de privacidad
en el sitio Web de Dyson.
MY
CARA MENJAGA ALAT PENGERING TANGAN ANDA
CARA MENGGUNAKAN
1 Masukkan tangan anda untuk memulakan alat pengering tangan Dyson Airblade™ secara automatik.
Selama 10saat, alat ini akan menjana lapisan udara untuk mengikis air daripada tangan anda.
2 Gerakkan tangan anda ke atas dan ke bawah melalui udara dengan perlahan-lahan.
PANDUAN PENYELESAIAN MASALAH
Masalah Penyelesaian
Alat pengering tangan gagal dihidupkan. Periksa dan pastikan fius/pemutus litar berfungsi dan bekalan kuasa
disambungkan. Mesti dilakukan oleh juruelektrik yang bertauliah.
Jika terdapat kaedah yang selamat untuk mematikan dan
menghidupkan suis, hidupkan dan matikan unit. Jika tidak, dapatkan
khidmat juruelektrik untuk menjalankan tugas ini.
Kadang kala alat pengering tangan mati semasa sedang digunakan
tetapi akan berfungsi semula selepas beberapa ketika.
Periksa dan pastikan salur masuk udara adalah bersih dan tidak
berhabuk. Jika salur masuk udara berhabuk atau kotor, buangkan
habuk atau puing dengan kain lembut.
Masa pengeringan alat pengering tangan meningkat. Periksa dan buangkan habuk di salur masuk udara. Periksa dan tukar
penapis jika perlu.
Aliran udara dari alat pengering tangan berkurangan. Periksa dan buangkan habuk di salur masuk udara. Periksa dan tukar
penapis jika perlu.
Jika anda mempunyai sebarang soalan lanjut, sila hubungi Talian Bantuan Dyson.
PENGGUNAAN DI KAWASAN PENYEDIAAN MAKANAN
Alat pengering tangan ini sesuai digunakan di kawasan penyediaan makanan. Walau bagaimanapun, untuk
menggunakan model PC-ABS di kawasan pengendalian makanan, dua palam tumpu kasau depan getah perlu
dipasang. Palam ini berbeza daripada palam yang diterima bersama unit.
Jika anda bekerja di unit pengeluaran, pemprosesan atau penyajian makanan, sila hubungi Talian Bantuan Dyson di
nombor yang terdapat di penutup belakang. Anda akan menerima pek palam tumpu kasau yang mengandungi palam
getah dan arahan pemasangan.
PEMBERSIHAN
Sebelum membersihkan unit, matikan bekalan kuasa. Alat pengering tangan hendaklah dibersihkan setiap hari. Ikut
3 langkah mudah ini untuk memastikan unit ini berfungsi pada tahap optimum dan sentiasa bersih. Menggunakan
kaedah atau produk pencuci yang salah boleh membatalkan jaminan anda.
1. Lap semua permukaan dan (4) kanta sensor dengan kain lembut dan pencuci bukan lelas. Berikan perhatian khusus
pada kedap dan bahagian sisi unit.
2. Bersihkan salur masuk udara pada bahagian bawah DENGAN KERAP.
3. Bersihkan lantai dan dinding di bawah dan di keliling unit. Pembersihan mungkin perlu dilakukan dengan lebih
kerap di kawasan yang mempunyai kadar penggunaan yang tinggi.
NASIHAT AM
Menggunakan teknologi antibakteria ion perak untuk melindungi permukaan dan membantu mencegah degradasi
akibat pembiakan bakteria.
Semua bahan kimia pencuci hendaklah digunakan seperti yang dinyatakan dalam arahan pengilang (termasuk
pencairan yang betul).
Sekiranya produk pencuci dibiarkan pada mesin terlalu lama, satu lapisan akan terbentuk.
Keadaan ini boleh mengurangkan keberkesanan permukaan antibakteria.
Sebarang bahan kimia yang ingin digunakan mestilah diuji terlebih dahulu pada permukaan yang tidak mudah dilihat
untuk memastikan kesesuaiannya.
Selain bahan kimia pencuci, pastikan tiada sebarang cecair memudaratkan terkena pada produk, khususnya bahan
berasaskan minyak dan alkohol.
GARIS PANDUAN BAHAN KIMIA
Banyak bahan kimia pencuci profesional boleh digunakan. Berikut disenaraikan beberapa bahan kimia yang
memudaratkan unit dan tidak harus digunakan. Jaminan anda akan terbatal jika menggunakan bahan ini.
Jangan gunakan:
Campuran alkohol dan asid
Alkohol
Pelarut / produk berasaskan minyak
Ammonium kuaterner
Campuran alkali dan peluntur
Bahan pembusa
Peluntur atau bahan pencuci lelas
Jangan basuh menggunakan tekanan
GARIS PANDUAN AIR
Alat pengering tangan Dyson ini mempunyai pensijilan IPX5.
Bersihkan menggunakan tangan sahaja. Jangan gunakan pancuran bertekanan. Pencucian menggunakan tekanan
mungkin menyebabkan air termasuk ke dalam bingkai dan menimbulkan risiko renjatan elektrik sekali gus
membatalkan jaminan anda.
PENYENGGARAAN PENAPIS
Periksa salur masuk udara pada bahagian bawah alat pengering tangan dengan kerap untuk memastikannya bebas
daripada habuk dan puing. Cuma lap salur masuk dengan kain lembut.
Jika diperlukan untuk persekitaran dengan kadar penggunaan tinggi, kit pengganti penapis Dyson menyediakan segala
kelengkapan yang anda perlukan untuk menukar penapis HEPA unit anda di tapak. Hubungi Talian Bantuan Dyson di
nombor yang terdapat di kulit belakang manual ini untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Pencucian atau penggantian penapis untuk alat pengering tangan anda boleh dilakukan dengan berhati-hati mengikut
arahan yang diberikan dalam kit pengganti penapis. Sekiranya anda berasa ragu-ragu, dapatkan nasihat juruelektrik
bertauliah atau hubungi Talian Bantuan Dyson untuk mendapatkan sokongan.
SERVIS
Jika alat pengering tangan anda perlu diservis, sila hubungi Talian Bantuan Dyson.
Anda boleh juga melayari laman web Dyson di www.dysonairblade.com
MAKLUMAT PELUPUSAN
Produk Dyson diperbuat daripada bahan boleh kitar gred tinggi. Sila lupuskan produk ini secara bertanggungjawab
dan kitar semula selagi munasabah.
SILA DAFTAR SEBAGAI PEMILIK ALAT PENGERING TANGAN
DYSON AIRBLADE dB
Untuk membantu kami memastikan anda menerima perkhidmatan yang segera dan efisien, sila daftarkan unit anda di
www.dysonairblade.com
Ini akan mendaftarkan jaminan anda, mengesahkan pemilikan unit Dyson anda sekiranya berlaku kehilangan insurans,
dan membolehkan kami menghubungi anda jika perlu.
Nombor siri anda terdapat pada plat perkadaran di bahagian bawah unit, pada lembaran pendaftaran di dalam kotak
dan juga pada pelekat maklumat di bahagian hadapan unit selepas unit dikeluarkan dari kotak.
Sila pastikan semua arahan dan panduan dalam manual pengendalian ini dan panduan pemasangan dipatuhi atau
jaminan anda mungkin dibatalkan.
14.04.2015 11:12 - C72184_AB14_OPMAN_GLOB_X336_OPMAN_72184.indd_15_4c0s
Loading ...
Loading ...
Loading ...