Loading ...
Loading ...
Loading ...
39
MY
MEMBERSIH DAN MENYELENGGARA
1. Anda disyorkan agar membersihkan perkakas selepas setiap
penggunaan. Sebelum membersihkan, biarkan perkakas anda
menyejuk sekurang-kurangnya 2 jam.
2. Anda hanya boleh mencuci aksesori termasuk penutup wap dan
tudung dalaman dalam pencuci pinggan mangkuk. Jangan letakkan
perkakas atau periuk memasak di dalam pencuci pinggan mangkuk:
a Keluarkan pengumpul kondensasi, letakkan di dalam pencuci
pinggan mangkuk. –Rajah28.
b Sebelum meletakkan penutup wap di dalam pencuci pinggan
mangkuk, anda perlu mengasingkannya dalam dua bahagian
–Rajah29.
c Tanggalkan injap had tekanan untuk membersihkannya, bilas di
bawah air dan keringkan –Rajah30.
d Untuk memasukkan tudung dalam ke dalam mesin pencuci
pinggang, anda perlu menanggalkannya daripada perkakas –
Rajah 32.
e Keluarkan periuk memasak daripada perkakas, bilas dan keringkan
sepenuhnya. Jangan gunakan penyental kerana ini boleh
merosakkan salutan tidak melekat di dalam periuk – Rajah 33.
f Jangan rendam perkakas dalam air atau tuangkan air kepadanya,
bersihkan perumah dengan kain lembap. –Rajah34.
RESIPI SAYA
Anda boleh menetapkan sebarang tiga program sebagai "Resipi Saya".
Program lalai ialah (1)Beras, (2)Sup, (3) Kukus. Kita boleh menekan "Resipi
Saya" untuk memilih antara 3 resipi yang kita mahu gunakan atau ubah.
Jika anda mahu mengubah salah satu program lalai, contohnya, untuk
mengubah "Kukus" kepada "Lembu/Kambing", ikut langkah berikut:
1. Tekan Resipi Saya untuk memilih (3) Kukus –Rajah24.
2. Tekan "masak dengan tekanan" untuk memilih program Lembu/
Kambung –Rajah25.
3. Tetapkan masa memasak atau tekanan atau suhu jika perlu (sila
rujuk arahan di bawah untuk mengubah parameter memasak ini)
–Rajah26.
4. Tekan dan tahan butang "Resipi Saya" selama 3 saat untuk
menyimpannya.
Loading ...
Loading ...
Loading ...