Loading ...
Loading ...
Loading ...
30
Utamakan perlindungan alam sekitar!
Perkakas anda mengandungi bahan bernilai yang boleh
didapatkan semula atau dikitar semula.
Tinggalkan di pusat pengumpulan bahan buangan.
Jika wap yang banyak dibebaskan daripada jaringan tudung, cabut
palam kord kuasa sekaligus dan periksa sama ada perkakas bersih atau
tidak. Jika perlu, hantar perkakas ke Pusat Servis Yang Diluluskan untuk
dibaiki.
Jangan bawa perkakas dengan memegangnya pada tombol tudung.
Sentiasa menggunakan dua pemegang sisi pada perumah perkakas
atau terus memegang perumah. Pakai sarung tangan ketuhar jika
perkakas panas. Untuk lebih selamat, pastikan bahawa tudung dikunci
sebelum mengangkut perkakas.
Jika tekanan dibebaskan secara berterusan melalui injap perkakas
(lebih daripada 1 minit) ketika memasak dengan tekanan, hantar
perkakas ke pusat servis untuk dibaiki.
Jangan gunakan perkakas yang rosak. Bawa ia ke pusat servis anda
yang diluluskan.
SIMPAN ARAHAN INI DENGAN BERHATI-HATI.
Gunakan hanya alat ganti yang dijual di pusat servis yang diluluskan.
Waranti tidak meliputi keadaan haus dan lusuh periuk memasak yang
tidak normal.
Baca arahan penggunaan ini dengan teliti sebelum menggunakan
perkakas anda buat pertama kali. Sebarang penggunaan yang tidak
mematuhi arahan ini akan melepaskan pengilang daripada sebarang
liabiliti dan membatalkan waranti.
Mengikut peraturan semasa, sebelum melupuskan perkakas yang
tidak lagi diperlukan, perkakas mesti dikemukakan dalam keadaan
tidak berfungsi (dengan mencabut palamnya dan memotong kord
kuasanya).
Loading ...
Loading ...
Loading ...