Loading ...
Loading ...
Loading ...
BAHASA MELAYU 53
Resipi
Sup sayur berkhasiat dari Budapest
Ramuan:
Untuk dikisar di dalam pengisar:
- 240g kolrabi
- 240g ubi kentang
- 360g daun saderi
- 120g lobak merah
- air (isi sehingga penunjuk 1.5-liter)
Untuk ditambah semasa memasak:
- 150g dal (dari tin)
- 150g daging babi yang disalai
- 190g crème fraîche
- 15g pasli
- garam
- lada putih segar
- 1.5 kiub rebusan
- 2 daun salam
1 Pasang balang pengisar pada unit motor. Masukkan kohlrabi, ubi
kentang, saderi, lobak merah dan air ke dalam pengisar dalam
turutan ini. Kisar bahan selama 10 saat pada kelajuan yang sesuai
dengan pengisar untuk mendapatkan sup yang kasar atau lebih lama
untuk sup yang lebih halus.
2 Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar ke dalam periuk dan
didihkannya. Masukkan crème fraîche, dal, daging dan herba. Masak
selama 30 minit sambil mengacaunya selalu.
Sentiasa biarkan perkakas menjadi sejuk ke suhu bilik setelah anda
memproses dua kelompok.
Doh piza
Ramuan:
- 240g tepung putih
- 1/2 sudu teh gula
- 1/2 sudu teh garam
- 1/2 paket yis segera
- 140g air suam
- 25g minyak
1 Letak pemegang alat ke dalam mangkuk dan letakkan aksesori
menguli pada pemegang alat.
2 Masukkan semua bahan kering ke dalam mangkuk dan tambah air
dan minyak.
3 Tutup dan kunci tudung (‘klik’). Pilih kelajuan yang sepadan dengan
aksesori menguli dan biar perkakas berjalan sehingga doh telah
menjadi bola yang diadun dengan baik. Ini mengambil masa kira-kira
2 minit.
4 Letak doh ke dalam mangkuk, tutup dengan kain lembap dan
biarkan ia naik selama 40 minit sehingga ia telah menjadi dua kali
ganda lebih besar.
5 Tabur permukaan ruang kerja anda dengan tepung, golek doh dan
buat dua bes piza dan letakkannya di atas dulang pembakar yang
telah disapu dengan gris.
6 Tutup bes doh piza dengan sos tomato dan hias atas kegemaran
anda. Anda boleh menggunakan keju, ham, salami, bakon, cendawan,
ikan tuna, bawang, articok, lada benggala dll. Sapu sedikit oregano
dan tuang minyak zaitun ke atas piza dan bakarnya.
Petua: Anda boleh menggunakan cakera memayang untuk memayang lebih
kurang 200g keju (Parmesan atau Gouda).Letak pemegang alat ke dalam
mangkuk dan letak cakera memayang pada pemegang alat. Tutup dan kunci
tudung (‘klik’). Potong keju menjadi kepingan yang muat ke dalam tiub
suapan dan mayang keju.
Salad timun dengan sos yogurt
Ramuan:
- 1 timun
- 2 cawan daun parsli
- 1 cawan yogurt asli
- 1 sudu besar mustard
- Garam dan lada hitam ikut rasa
Loading ...
Loading ...
Loading ...