Loading ...
Loading ...
Loading ...
50
Jangan kenakan terlalu banyak tekanan pada pemegang balang pengisar.
4 Letak bahan-bahan dalam balang pengisar (Gamb. 34).
Jangan sekali-kali mengisi balang pengisar dengan bahan yang lebih panas
dari 80ºC.
Untuk mengelakkan daripada tertumpah, jangan isi balang lebih daripada
paras penunjuk maksimum, terutamanya apabila anda mengisar cecair
panas.
5 Letak tudung pada balang pengisar (1) dan putarkannya mengikut
arah jam untuk menetapkannya (2) (Gamb. 35).
6 Pilih kelajuan yang sepadan dengan warna aksesori (Gamb. 13).
Jangan sekali-kali buka tudungnya semasa pisau sedang berputar.
Jangan sekali-kali masukkan tangan anda atau apa-apa objek ke dalam
balang apabila pengisar sedang berjalan.
Sentiasa biarkan perkakas menjadi sejuk ke suhu bilik setelah anda
memproses dua kelompok.
7 Apabila anda telah selesai memproses, putarkan pemilih kelajuan
pada 0 dan cabut plag perkakas (Gamb. 4).
Petua
- Semasa perkakas sedang berjalan, anda boleh memasukkan bahan
cecair atau pepejal ke dalam balang pengisar melalui bukaan yang
terdapat pada tudung (Gamb. 36).
- Lebih lama anda membiarkan perkakas berjalan, lebih halus hasil
kisarannya.
- Potong bahan pepejal terlebih dahulu supaya menjadi ketulan kecil
sebelum anda memasukkannya ke dalam balang pengisar. Jika anda
ingin menyediakan kuantiti yang besar, proses kelompok bahan yang
kecil daripada cuba memproses kuantiti yang besar sekali gus.
- Untuk menghancurkan kiub ais, masukkan kiub ke dalam balang, tutup
tudung dan tekan butang denyut/Bersih Mudah.
- Sesetengah bahan, cth. buahan, lebih mudah dikisar jika anda
menambah sedikit cecair cthnya jus lemon.
- Apabila anda mengisar sup, guna bahan yang telah dimasak.
- Jika anda tidak berpuas hati dengan hasilnya, biarkan perkakas berjalan
sebentar beberapa kali dengan menekan butang denyut/Bersih Mudah.
Anda boleh juga cuba mendapatkan hasil yang lebih baik dengan
mengacau bahan menggunakan sudip (bukan semasa pengisar sedang
berjalan), atau dengan menuangkan keluar sebahagian
kandungan supaya anda memproses jumlah yang kurang sedikit.
- Apabila anda memproses cecair yang panas atau mudah berbuih
(contohnya susu), jangan letakkan lebih daripada 1 liter di dalam
balang pengisar ke dalam balang pengisar untuk mengelakkan
penumpahan.
- Jika makanan melekat pada dinding balang pengisar, matikan perkakas
dan cabut plagnya. Kemudian gunakan spatula untuk mengeluarkan
makanan tersebut dari dinding.
Penekan sitrus (HR7772 sahaja)
Anda boleh menggunakan penekan sitrus untuk mengeluarkan jus buahan
yang segar. Pulpa, biji dan kulit dikeluarkan daripada jus.
1 Letakkan pemegang alat dalam mangkuk (Gamb. 9).
2 Letak penekan sitrus pada pemegang alat dalam
mangkuk (Gamb. 37).
Nota: Pastikan juluran pada penyaring terkunci ke dalam slot pemegang
mangkuk.
3 Pilih kelajuan yang sepadan dengan warna aksesori (Gamb. 29).
4 Tekan buah sitrus pada kon (Gamb. 38).
Nota: Berhenti menekan dari masa ke masa untuk mengeluarkan pulpa dari
saring.
Nota: Apabila anda hendak mengeluarkan pulpa daripada penyaring
putarkan pemilih kelajuan kepada 0 untuk mematikan perkakas.
5 Apabila anda telah selesai memproses, putarkan pemilih kelajuan
pada 0 dan cabut plag perkakas (Gamb. 30).
BAHASA MELAYU50
Loading ...
Loading ...
Loading ...