Loading ...
Loading ...
Loading ...
BAHASA MELAYU 51
Pembersihan
1 Pastikan perkakas dimatikan dan dicabut plagnya.
2 Bersihkan unit motor dengan kain yang lembap.
Jangan rendam unit motor di dalam air atau membilasnya di bawah pili
air.
3 Bersihkan bahagian-bahagian yang bersentuhan dengan makanan
dengan air panas dan sedikit cecair pembersih serta merta selepas
menggunakannya.
Bersihkan unit pisau pemproses makanan, cakera, unit pisau pengisar
dengan berhati-hati. Pinggir pemotongnya sangat tajam.
Nota: Semua bahagian kecuali unit motor boleh juga dibersihkan
dalam mesin basuh pinggan mangkuk.
- Pastikan pinggir pemotong pisau dan cakera pengisar tidak
bersentuhan dengan objek keras. Ini boleh menyebabkannya menjadi
tumpul.
- Anda boleh menarik keluar pemukul daripada pemukul belon untuk
membersihkannya secara berasingan.
Pembersihan mudah mangkuk pemproses makanan
dan balang pengisar
1 Tuangkan air suam (tidak melebihi 0.5 liter) dan sedikit cecair
pencuci pinggan ke dalam mangkuk pemproses makanan atau balang
pengisar. (Gamb. 39)
2 Letakkan tudung di atas mangkuk pemproses makanan atau balang
pengisar (1) dan putar mengikut arah jam untuk menetapkannya (2).
3 Tekan butang denyut/Bersih Mudah (Gamb. 14).
4 Biarkan perkakas berjalan selama sekurang-kurangnya 30 saat
sehingga mangkuk pemproses makanan atau balang pengisar
menjadi bersih.
5 Tanggalkan balang pengisar atau mangkuk pemproses makanan dan
bilasnya dengan air bersih.
Pemukul belon (HR7772)
Sentiasa bersihkan pemukul belon serta merta setelah digunakan.
Pemukul belon boleh dibersihkan di dalam mesin basuh pinggan mangkuk.
Anda juga boleh menarik keluar pemukul daripada pemukul belon untuk
membersihkannya secara berasingan.
1 Tarik pemukul keluar daripada perumah pemukul belon. (Gamb. 40)
2 Untuk memasangnya semula, tolak pemukul kembali ke dalam
perumah pemukul belon.
Penekan limau
Sentiasa bersihkan penekan sitrus serta merta setelah digunakan.
Penekan sitrus boleh dibersihkan di dalam mesin basuh pinggan mangkuk.
Anda juga boleh menarik kon daripada penyaring untuk membersihkannya
secara berasingan.
1 Tarik kon keluar daripada penyaring (Gamb. 41).
2 Untuk memasangnya semula, tolak kon kembali pada penyaring
penekan siitrus.
Penyimpanan
1 Tolak kord ke dalam petak simpanan kord pada bahagian belakang
unit motor. (Gamb. 42)
Alam sekitar
- Jangan buang perkakas bersama sampah rumah pada akhir hayatnya,
tetapi bawanya ke pusat pungutan rasmi untuk dikitar semula. Dengan
berbuat sedemikian anda membantu memelihara alam
sekitar (Gamb. 43).
Loading ...
Loading ...
Loading ...