Loading ...
Loading ...
Loading ...
46
- Berhati-hatilah semasa anda mengendali cakera, unit mata pisau
pengisar atau unit mata pisau pemproses makanan. Beri perhatian
yang lebih semasa anda mengeluarkannya dari mangkuk pemproses
makanan atau balang pengisar, semasa anda mengosongkan mangkuk
atau balang daripada makanan dan semasa anda membersihkannya.
Pinggir pemotongnya sangat tajam.
Awas
- Jangan matikan perkakas dengan memutarkan balang
pengisar, mangkuk atau penutupnya. Sentiasa matikan perkakas dengan
memutarkan pemilih kelajuan kepada 0.
- Matikan perkakas sebelum anda menanggalkan sebarang aksesori.
- Cabutkan plag sebaik sahaja selesai penggunaan.
- Sentiasa cabut plag sebelum menyentuh ke dalam jar pengisar
menggunakan jari-jari anda atau benda (seperti spatula).
- Tunggu sehingga bahagian yang bergerak berhenti bergerak sebelum
anda menanggalkan tudung mangkuk atau balang.
- Jangan sekali-kali menggunakan sebarang aksesori atau bahagian
daripada pengilang lain atau yang tidak disyorkan secara khusus oleh
Philips. Jika anda menggunakan aksesori atau bahagian sedemikian,
jaminan anda menjadi tidak sah.
- Jangan isi sehingga melebihi paras maksimum pada balang
dan mangkuk.
- Rujuk jadual dalam manual pengguna ini untuk kuantiti dan masa
pemprosesan yang betul.
- Setengah bahan boleh menyebabkan perubahan warna pada
permukaan bahagian. Ini tidak mempunyai kesan negatif terhadap
bahagian tersebut. Perubahan warna selalunya hilang setelah tempoh
masa tertentu.
- Jangan sekali-kali isi balang pengisar atau mangkuk pemproses
makanan dengan bahan yang lebih panas daripada 80ºC.
- Perkakas ini dimaksudkan untuk penggunaan rumah tangga sahaja.
Medan elektromagnet (EMF)
Perkakas Philips ini mematuhi semua standard berkenaan medan
elektromagnet (EMF). Jika perkakas ini dikendalikan dengan betul
dan mengikut arahan dalam manual pengguna ini, ia selamat untuk
digunakan berdasarkan bukti saintifik yang terdapat pada hari ini.
Ciri keselamatan
Pematian keselamatan terma
Perkakas ini dilengkapi pematian keselamatan terma yang memotong
bekalan kuasa kepada perkakas secara automatik sekiranya berlaku
pemanasan melampau.
Jika perkakas berhenti berjalan:
1 Tanggalkan plag sesalur kuasa dari soket dinding.
2 Biarkan perkakas menjadi sejuk selama 1 jam.
3 Masukkan plag utama ke dalam soket dinding.
4 Hidupkan semula perkakas.
Sila hubungi pengedar Philips anda atau pusat perkhidmatan Philips yang
dibenarkan jika pematian keselamatan terma menjadi aktif terlalu kerap.
Kunci keselamatan binaan dalam
Ciri ini memastikan bahawa anda hanya boleh menghidupkan perkakas
jika anda telah memasang balang pengisar atau mangkuk dengan betul
pada unit motor dan tudung dengan betul pada balang pengisar atau pada
mangkuk. Jika balang pengisar atau mangkuk dan tudungnya dipasang
dengan betul (lihat bab ‘Menggunakan perkakas’), kunci keselamatan
terbina dalam akan terbuka kuncinya.
Sebelum penggunaan pertama
Bersihkan dengan rapi semua bahagian yang bersentuhan dengan
makanan sebelum anda menggunakan perkakas buat kali pertama (lihat
bab ‘Membersihkan’).
BAHASA MELAYU46
Loading ...
Loading ...
Loading ...