Loading ...
Loading ...
Loading ...
25
MS
Selepas mencuci, sila keringkannya dan cantumkan kedua-dua segitiga
bersama Fig. 16, dan putarkan ke arah “tutup” sehingga bunyi “ka”
kedengaran kemudian letakkan ia kembali ke dalam penutup periuk nasi.
Gunakan air panas, cecair pencuci dan span untuk mencuci mangkuk –
Fig. 17, pengumpul wap – Fig. 18, injap tekanan mikro – Fig. 19, senduk dan
cawan. Serbuk penyental dan span keluli tidak disarankan.
Sekiranya makanan terlekat di dasar, rendamkan mangkuk seketika sebelum
mencuci.
Keringkan mangkuk dengan berhati-hati.
Jangan rendam peralatan di dalam air atau tuangkan air ke atasnya, hanya
ke dalam mangkuk.
Mencuci dengan mesin pencuci pinggan
Anda juga boleh mencuci mangkuk, bakul kukusan dan senduk dalam rak paling
bawah mesin pencuci pinggan. Untuk mangkuk, ikut langkah-langkah di bawah
dengan betul:
Apabila meletakkan mangkuk ke dalam mesin, berhati-hati supaya tidak
merosakkan lapisan tidak lekat.
Setelah dicuci beberapa kali di dalam mesin pencuci pinggan, untuk
menjadikan permukaan kelihatan baru semula, adalah disarankan untuk
mengelap keseluruhan permukaan dalam mangkuk dengan sedikit minyak
sayuran yang disapu ke atas tuala kertas.
Pastikan anda meletakkan kembali mangkuk ke dalam periuk nasi.
Menjaga mangkuk tidak lekat
Untuk memastikan kualiti mangkuk tidak lekat tahan selama yang mungkin
adalah disarankan untuk tidak memotong makanan di dalamnya.
Gunakan alatan memasak plastik atau kayu dan bukan yang diperbuat
daripada keluli apabila mengacau atau menghidang makanan untuk
mengelakkan permukaan mangkuk daripada sebarang kerosakan.
Untuk mengelakkan mangkuk daripada berkarat, jangan masukkan cuka ke
dalamnya.
Warna permukaan mangkuk mungkin berubah selepas penggunaan kali pertama
atau selepas digunakan untuk satu jangkamasa tertentu. Perubahan warna ini
adalah disebabkan oleh tindakbalas di antara wap dan air dan tidak akan
mengakibatkan sebarang kesan terhadap penggunaan periuk nasi dan tidak
membahayakan kesihatan. Ia masih selamat untuk digunakan.
Mencuci dan menjaga bahagian-bahagian lain peralatan
Cuci bahagian luar periuk nasi, bahagian dalam penutup Fig. 20 dan wayar
dengan kain lembap dan keringkan. Jangan gunakan produk yang kesat.
Jangan gunakan air untuk mencuci bahagian dalam peralatan kerana ia
mungkin mengakibatkan kerosakan kepada sensor haba.
Apa sahaja kesan perang
dan calar yang mungkin
kelihatan selepas beberapa
jam digunakan adalah tidak
menjadi masalah. Kami
menjamin yang lapisan tidak
lekat adalah mematuhi
peraturan-peraturan
pengendalian bahan-bahan
yang sesuai digunakan
dengan makanan.
5085592-RICE COOKER:NOTICE YC4 10/11/08 9:48 Page 25