Loading ...
Loading ...
Loading ...
23
MS
Saranan untuk mendapatkan
hasil terbaik apabila memasak nasi
Sukat nasi dan dengan menggunakan penapis, cuci dengan sempurna di
bawah air yang mengalir untuk satu jangkamasa (kecuali beras risotto yang
tidak perlu dibilas). Kemudian masukkan beras ke dalam mangkuk bersama-
sama dengan kuantiti air yang mencukupi.
Pastikan beras diratakan sepenuhnya di atas permukaan mangkuk untuk
masakan yang sekata.
Tambah garam mengikut rasa.
Air boleh diganti dengan stok. Jika menggunakan stok, berkemungkinan nasi di
bahagian bawah mangkuk akan sedikit perang.
Jangan buka penutup semasa memasak kerana wap akan keluar dan akan
mengganggu masa memasak dan rasa masakan.
Setelah selesai memasak, apabila lampu penunjuk “KEKAL PANAS” menyala,
kacau nasi dan biarkan di dalam periuk untuk beberapa minit lagi untuk
memperolehi biji-biji nasi yang sempurna.
Memasak Sup
Untuk memasak sup
Masukkan bahan-bahan ke dalam mangkuk dan pasangkan plag peralatan, tekan
kekunci “SUP/PENENTU MASA” Fig. 12. Apabila lampu merah penunjuk “SUP”
berkelip, anda boleh menekan kekunci “SUP/PENENTU MASA” – Fig. 12 untuk
memilih masa memasak. Sekiranya masa memasak tidak dipilih selepas 5 saat, lampu
akan berhenti berkelip dan akan kekal stabil; masa memasak akan diprogram secara
automatik kepada 70 minit dan peralatan akan mula memasak.
Pilih masa memasak: peralatan membolehkan anda memprogram minimum 40 minit
sehingga ke maksimum 95 minit untuk mod memasak sup. Pilih masa yang anda suka
ketika lampu merah penunjuk “SUP” berkelip. Tekan kekunci penentu masa berkali-kali
untuk menambah masa masakan. Masa akan ditambah dengan kadar 5 minit
bermula daripada 40 minit sehingga ke maksimum 95 minit.
Apabila lampu merah penunjuk “SUP” sudah stabil, proses memasak akan bermula.
Apabila selesai memasak, lampu penunjuk “KEKAL PANAS” akan menyala
memaparkan “b” – Fig. 11.
Mengukus (untuk sayuran, ikan dan sebagainya)
Menyukat bahan-bahan
Kuantiti air yang maksimum di dalam mangkuk tidak boleh melebihi paras maksimum “CAWAN” yang ditanda
pada mangkuk – Fig. 7. Melebihi paras ini mungkin mengakibatkan limpahan semasa penggunaan.
Paras air sepatutnya lebih rendah daripada bakul kukusan.
Penyediaan
Masukkan air ke dalam mangkuk tetapi jangan melebihi paras maksimum
“CAWAN”.
Letakkan bakul kukusan ke dalam mangkuk Fig. 13.
Masukkan bahan-bahan ke dalam bakul kukusan.
Jika anda tersalah pilih dan
ingin menukar masa
memasak, tekan kekunci
“BATAL”. Pilih mod memasak
sup sekali lagi dan kemudian
masa memasak. Lampu
merah penunjuk akan
berkelip selama 5 saat.
Selepas 5 saat lampu akan
stabil dan proses masakan
akan bermula secara
automatik.
5085592-RICE COOKER:NOTICE YC4 10/11/08 9:48 Page 23
Loading ...
Loading ...