Samsung MG28J5255US/SP Healthy Steam Grill Microwave Oven

User Manual - Page 6

For MG28J5255US/SP. Also, The document are for others Samsung models: MG28J5255**, MG28J5255US

PDF File Manual, 132 pages, Read Online | Download pdf file

Loading ...
Loading ...
Loading ...
6 Bahasa Melayu
Arahan keselamatan
Arahan keselamatan
Jangan masukkan jari atau bahan asing. Jika bahan asing memasuki ketuhar, cabut
palam kord kuasa dan hubungi pusat perkhidmatan Samsung tempatan.
Jangan kenakan tekanan atau hentaman berlebihan pada alat.
Jangan letakkan ketuhar pada objek yang rapuh.
Pastikan voltan kuasa, frekuensi dan litar sepadan dengan pengelasan produk.
Pasang palam kuasa pada soket dinding dengan kukuh. Jangan gunakan penyesuai
berbilang palam, kord pemanjang atau pengubah elektrik.
Jangan cangkuk kord kuasa pada objek logam. Pastikan kord berada di antara objek
atau di belakang ketuhar.
Jangan gunakan palam kuasa yang rosak, kord kuasa yang rosak atau soket dinding
yang longgar. Untuk palam kuasa atau kord yang rosak, hubungi pusat perkhidmatan
Samsung tempatan.
Jangan tuang atau sembur air pada ketuhar.
Jangan letakkan objek atas ketuhar, di dalam atau di pintu ketuhar.
Jangan semburkan bahan meruap seperti ubat serangga pada ketuhar.
Jangan simpan bahan-bahan mudah terbakar di dalam ketuhar. Disebabkan oleh wap
alkohol boleh menyentuh bahagian panas ketuhar, berjaga-jaga semasa memanaskan
makanan atau minuman yang mengandungi alkohol.
Kanak-kanak mungkin terlanggar sesama sendiri atau tersepit jari di pintu. Semasa
membuka/menutup pintu, jauhi dari kanak-kanak.
Amaran gelombang mikro
Memanaskan minuman menggunakan gelombang mikro boleh mengakibatkan
pendidihan meluap tertunda; sentiasa berhati-hati apabila memegang bekas. Sentiasa
biarkan minuman selama sekurang-kurangnya 20 saat sebelum memegangnya. Jika
perlu, kacau semasa pemanasan. Sentiasa kacau selepas pemanasan.
Sekiranya kulit anda melecur, ikut arahan PERTOLONGAN CEMAS ini:
1. Rendam bahagian yang melecur dalam air sejuk selama sekurang-kurangnya 10
minit.
2. Balut dengan pembalut yang bersih dan kering.
3. Jangan sapu sebarang krim, minyak atau losen.
Untuk mengelakkan kerosakan tray atau rak, jangan letakkan tray atau rak dalam air
sebaik sahaja selepas memasak.
Jangan kendalikan ketuhar untuk menggoreng dengan minyak yang banyak kerana
suhu minyak tidak boleh dikawal. Ini boleh menyebabkan cecair yang panas itu
mendidih berlebihan.
Alat ini boleh digunakan oleh kanak-kanak berusia 8 tahun ke atas dan
orang-orang yang kekurangan keupayaan zikal, deria atau mental atau
kurang pengalaman dan pengetahuan jika mereka telah diselia atau
diberi arahan mengenai penggunaan alat dengan cara yang selamat dan
memahami bahaya yang terlibat. Kanak-kanak tidak seharusnya bermain
dengan alat ini. Kanak-kanak tidak sepatutnya melakukan pembersihan
dan penyenggaraan pengguna melainkan mereka berusia daripada 8
tahun ke atas dan diawasi.
Jauhkan alat dan kordnya daripada capaian kanak-kanak berusia kurang
daripada 8 tahun.
Keselamatan umum
Sebarang pengubahsuaian atau pembaikian mesti dijalankan oleh kakitangan yang
berkelayakan sahaja.
Jangan panaskan makanan atau cecair yang tertutup rapat di dalam bekas untuk fungsi
ketuhar gelombang mikro.
Jangan gunakan benzena, pencair, alkohol, pembersih wap atau pembersih tekanan
tinggi untuk membersihkan alat ini.
Jangan pasang ketuhar: berdekatan dengan pemanas atau bahan mudah bakar; lokasi
yang lembap, berminyak, berdebu atau terdedah kepada cahaya matahari langsung
atau air; atau di tempat gas mungkin bocor; atau di atas permukaan yang tidak rata.
Alat ini mesti dibumikan dengan betul menurut kod-kod tempatan dan antarabangsa.
Gunakan kain kering dengan kerap untuk menghapuskan bahan asing dari terminal
palam kuasa dan titik sentuh.
Jangan tarik atau terlalu bengkokkan atau letakkan objek berat atas kord kuasa.
Jika terdapat kebocoran gas (propana, LP, dsb) alih udarakannya dengan segera.
Jangan sentuh kord kuasanya.
Jangan sentuh palam kuasa dengan tangan yang basah.
Semasa ketuhar sedang digunakan, jangan matikannya dengan mencabut kord kuasa.
MG28J5255US_SP_DE68-04322X-02_MS.indd 6 10/27/2015 5:51:50 PM
Loading ...
Loading ...
Loading ...