Samsung MG28J5255US/SP Healthy Steam Grill Microwave Oven

User Manual - Page 4

For MG28J5255US/SP. Also, The document are for others Samsung models: MG28J5255**, MG28J5255US

PDF File Manual, 132 pages, Read Online | Download pdf file

Loading ...
Loading ...
Loading ...
4 Bahasa Melayu
Arahan keselamatan
Arahan keselamatan
Telur dalam kulitnya dan telur rebus tidak harus dipanaskan di dalam
ketuhar gelombang mikro oleh kerana ia boleh meletup, walaupun
setelah pemanasan gelombang mikro telah selesai.
Ketuhar harus dibersihkan dengan tetap dan sebarang cebisan makanan
ditanggalkan.
Kegagalan mengekalkan ketuhar dalam keadaan yang bersih
boleh mengakibatkan kerosakan pada permukaannya yang boleh
memendekkan hayat peralatan ini dan mungkin mengakibatkan situasi
yang berbahaya.
Ketuhar gelombang mikro ini dimaksudkan untuk digunakan di atas
kaunter (bebas) sahaja, ketuhar gelombang mikro ini tidak harus
diletakkan di atas kabinet.
Alat ini tidak sepatutnya dibersihkan dengan pancutan air.
Alat ini tidak dimaksudkan untuk dipasang di dalam kenderaan jalan
raya, karavan, dan kenderaan-kenderaan yang serupa dll.
Alat ini bukan untuk digunakan oleh orang-orang (termasuk kanak-
kanak) yang mempunyai keupayaan zikal, sensori atau mental yang
kurang, atau tidak berpengalaman dan berpengetahuan, kecuali mereka
telah diberikan penyeliaan atau arahan tentang penggunaan alat ini oleh
orang yang bertanggungjawab bagi keselamatan mereka.
Kanak-kanak hendaklah diselia bagi memastikan mereka tidak bermain
dengan alat ini
Alat ini boleh digunakan oleh kanak-kanak berusia 8 tahun ke atas dan
orang-orang yang kekurangan keupayaan zikal, deria atau mental atau
kurang pengalaman dan pengetahuan jika mereka telah diselia atau
diberi arahan mengenai penggunaan alat dengan cara yang selamat dan
memahami bahaya yang terlibat. Kanak-kanak tidak seharusnya bermain
dengan alat ini. Pembersihan dan penyelenggaraan pengguna tidak
seharusnya dilakukan oleh kanak-kanak tanpa seliaan.
Jika kord bekalan rosak, ia mesti diganti oleh pengilang, ejen
perkhidmatannya atau orang-orang yang sama berkelayakan bagi
mengelakkan bahaya.
Ketuhar ini mesti diletakkan mengadap arah dan ketinggian yang betul
yang membenarkan capaian mudah pada rongga dan kawasan kawalan.
Sebelum menggunakan ketuhar anda buat kali pertama, ketuhar
harus dikendalikan bersama air selama 10 minit dan kemudian baru
digunakan.
Jika ketuhar ini mengeluarkan bunyi bising, bau terbakar atau
mengeluarkan asap , cabut palam kuasa dengan segera dan hubungi
pusat perkhidmatan yang terdekat dengan anda.
Ketuhar gelombang mikro harus diletakkan di tempat yang sesuai
supaya palamnya mudah dicapai.
MG28J5255US_SP_DE68-04322X-02_MS.indd 4 10/27/2015 5:51:50 PM
Loading ...
Loading ...
Loading ...