Loading ...
Loading ...
Loading ...
54
Jika makanan melekat pada bahagian bawah, anda perlu masukkan air
ke dalam mangkuk untuk rendaman sebelum membasuh.
Keringkan mangkuk dengan teliti.
Menjaga mangkuk
Untuk mangkuk, mengikut arahan berikut dengan berhati-hati:
Untuk memastikan penyelenggaraan kualiti mangkuk, dicadangkan
tidak memotong makanan di dalamnya.
Pastikan anda memasukkan mangkuk kembali ke dalam periuk pemasak
nasi.
Guna senduk plastik yang disediakan atau senduk kayu dan bukan jenis
logam untuk mengelakkan kerosakan pada permukaan mangkuk –
rajah 14.
Untuk mengelakkan risiko hakisan, jangan tuang cuka ke dalam
mangkuk.
Warna permukaan mangkuk mungkin bertukar selepas menggunakan
kali pertama atau selepas penggunaan lama. Pertukaran warna ini
disebabkan oleh tindakan wap dan air serta tidak mengakibatkan
sebarang kesan ke atas penggunaan periuk pemasak nasi, juga tidak
membahayakan kesihatan. Ia adalah selamat untuk terus digunakan.
Pembersihan injap tekanan mikro
Apabila membersih injap tekanan mikro, sila tanggalkannya dari
tudung periuk – rajah 15 dan buka ia dengan memutar pada arah
“buka” – rajah 16a dan 16b. Selepas membersihkannya, sila lap hingga
kering dan meletakkan dua segi tiga di dua bahagian bersama-sama
dan memutarkan ia pada arah “tutup”, kemudian meletakkan ia semua
pada tudung periuk pemasak nasi – rajah 18a dan 18b.
Membersihkan tudung dalaman
Tanggalkan tudung dalaman dengan menolak keluar dengan kedua-
dua tangan. Bersihkannya dengan span dan cecair pencuci (rajah 17).
Kemudian, lap hingga kering dan masukkannya semula di belakang 2
rusuk dan tekan di bahagian atas sehingga ia tetap.
Pembersihan dan penjagaan bahagian lain perkakasan
Bersihkan luaran Periuk Pemasak Nasi – rajah 19, di dalam tudung dan
kord dengan kain lembap dan lap kering. Jangan guna produk yang
kasar.
Jangan guna air untuk membersih dalaman badan perkakasan kerana
ia akan merosakkan sensor pemanas.
Loading ...
Loading ...
Loading ...