Tefal RK106P65 Microcomputer

User Manual - Page 44

For RK106P65.

PDF File Manual, 46 pages, Download pdf file

Loading ...
Loading ...
Loading ...
41
MENCUCI DAN MENYELENGGARA
Pengumpul wap
Pengumpul wap perlu dikosongkan dan dicuci selepas setiap
penggunaan.
Untuk membuka pengumpul, tekan kedua-dua belah penutup plastik
dan keluarkannya.
Untuk memasang kembali penutup plastik, tekan dengan ketat ke
dalam alur.
Mangkuk, bakul kukusan, pengumpul wap dan injap
tekanan mikro
Apabila mencuci injap tekanan mikro, sila alihkan daripada penutup
dan buka dengan memutarnya ke arah “buka” – Fig.21. Selepas
mencuci, sila keringkannya dan cantumkan kedua-dua segitiga bersama
– Fig.21, dan putarkan ke arah “tutup” sehingga bunyi “ka” kedengaran
kemudian letakkan ia kembali ke dalam penutup periuk nasi.
Gunakan air panas, cecair pencuci dan span untuk mencuci mangkuk,
pengumpul wap – Fig.22, injap tekanan mikro – Fig.23, senduk dan
cawan. Serbuk penyental dan span keluli tidak disarankan.
Sekiranya makanan terlekat di dasar, rendamkan mangkuk seketika
sebelum mencuci.
Keringkan mangkuk dengan berhati-hati.
Jangan rendam peralatan di dalam air atau tuangkan air ke atasnya,
hanya ke dalam mangkuk.
Menjaga mangkuk seramik
Untuk mengekalkan kualiti saduran seramik mangkuk selama yang
mungkin, adalah disarankan agar tidak memotong makanan di dalamnya.
Apabila meletakkan mangkuk ke dalam mesin, berhati-hati supaya
tidak merosakkan lapisan tidak lekat.
Setelah dicuci beberapa kali di dalam mesin pencuci pinggan, untuk
menjadikan permukaan kelihatan baru semula, adalah disarankan
untuk mengelap keseluruhan permukaan dalam mangkuk dengan
sedikit minyak sayuran yang disapu ke atas tuala kertas.
Pastikan anda meletakkan kembali mangkuk ke dalam periuk nasi.
Mencuci dan menjaga bahagian-bahagian lain peralatan
Tanggalkan plag peralatan sebelum mencuci.
Cuci bahagian luar periuk nasi, bahagian dalam penutup – Fig.24 dan wayar
dengan kain lembap dan keringkan. Jangan gunakan produk yang kesat.
Loading ...
Loading ...