Loading ...
Loading ...
Loading ...
82
ACERCA DE SU PRIVACIDAD
Dyson y sus agentes retendrán su información para fines promocionales, comerciales y de servicio.
Si su información cambia, si cambia de opinión con respecto a cualquiera de sus preferencias comerciales, o si tiene
dudas con respecto a cómo usamos su información, comuníquese con Dyson.
Para obtener más información sobre cómo protegemos su privacidad, consulte nuestra política de privacidad en el
sitio Web de Dyson.
MY
CARA MENJAGA ALAT PENGERING TANGAN ANDA
CARA MENGGUNAKAN
letakkan tangan anda di bawah alat pengering tangan dan ia akan mula secara automatik dan menjana lapisan angin
untuk mengikis air dari tangan anda.
Untuk keputusan masa kering yang terbaik:
1. Letakkan tangan anda rata dan selari dengan permukaan mesin kira-kira 5mm daripada pisau, menggerakkan
tangan anda melalui aliran udara dari pergelangan tangan sehingga ke hujung jari anda.
2. Gerakkan tangan anda perlahan-lahan melalui aliran udara pada kelajuan yang konsisten, kira-kira 2.5 saat setiap
bahagian berselang-seli antara depan dan belakang setiap kali.
3. Letakkan tangan anda rata, merapatkan jurang antara jari anda dan kekalkan ibu jari anda di dalam untuk
memastikan keseluruhan tangan anda bergerak melalui aliran udara tersebut.
PANDUAN PENYELESAIAN MASALAH
Masalah Penyelesaian
Alat pengering tangan gagal dihidupkan. Periksa dan pastikan fius/pemutus litar berfungsi dan bekalan kuasa
disambungkan. Mesti dilakukan oleh juruelektrik yang bertauliah.
Jika terdapat kaedah yang selamat untuk mematikan dan
menghidupkan suis, hidupkan dan matikan unit. Jika tidak, dapatkan
khidmat juruelektrik untuk menjalankan tugas ini.
Kadang kala alat pengering tangan mati semasa sedang digunakan
tetapi akan berfungsi semula selepas beberapa ketika.
Periksa dan pastikan salur masuk udara adalah bersih dan tidak
berhabuk. Jika salur masuk udara berhabuk atau kotor, buangkan
habuk atau puing dengan kain lembut.
Masa pengeringan alat pengering tangan meningkat. Periksa dan buangkan habuk di salur masuk udara.
Aliran udara dari alat pengering tangan lebih panas daripada biasa. Periksa dan buangkan habuk di salur masuk udara.
Jika anda mempunyai sebarang soalan lanjut, sila hubungi Talian Bantuan Dyson.
PENGGUNAAN DI KAWASAN PENYEDIAAN MAKANAN
Alat pengering tangan ini sesuai digunakan di kawasan penyediaan makanan. Walau bagaimanapun, untuk
menggunakan model PC-ABS di kawasan pengendalian makanan, dua palam tumpu kasau depan getah perlu
dipasang. Palam ini berbeza daripada palam yang diterima bersama unit.
Jika anda bekerja di unit pengeluaran, pemprosesan atau penyajian makanan, sila hubungi Talian Bantuan Dyson di
nombor yang terdapat di penutup belakang. Anda akan menerima pek palam tumpu kasau yang mengandungi palam
getah dan arahan pemasangan.
PEMBERSIHAN
Alat pengering tangan hendaklah dibersihkan setiap hari.
Ikut 3 langkah mudah ini untuk memastikan unit ini berfungsi pada tahap optimum dan sentiasa bersih. Menggunakan
kaedah atau produk pencuci yang salah boleh membatalkan jaminan anda.
1. Lap semua permukaan dengan kain lembut dan pencuci bukan lelas.
2. Bersihkan salur masuk udara pada bahagian sisi DENGAN KERAP.
3. Bersihkan lantai dan dinding di bawah dan di keliling unit. Pembersihan mungkin perlu dilakukan dengan lebih
kerap di kawasan yang mempunyai kadar penggunaan yang tinggi.
NASIHAT AM
Menggunakan teknologi antibakteria ion perak untuk melindungi permukaan dan membantu mencegah degradasi
akibat pembiakan bakteria.
Semua bahan kimia pencuci hendaklah digunakan seperti yang dinyatakan dalam arahan pengilang (termasuk
pencairan yang betul).
Sekiranya produk pencuci dibiarkan pada mesin terlalu lama, satu lapisan akan terbentuk.
Keadaan ini boleh mengurangkan keberkesanan permukaan antibakteria.
Sebarang bahan kimia yang ingin digunakan mestilah diuji terlebih dahulu pada permukaan yang tidak mudah dilihat
untuk memastikan kesesuaiannya.
Selain bahan kimia pencuci, pastikan tiada sebarang cecair memudaratkan terkena pada produk, khususnya bahan
berasaskan minyak dan alkohol.
GARIS PANDUAN BAHAN KIMIA
Banyak bahan kimia pencuci profesional boleh digunakan. Berikut disenaraikan beberapa bahan kimia yang
memudaratkan unit dan tidak harus digunakan. Jaminan anda akan terbatal jika menggunakan bahan ini.
Jangan gunakan:
Campuran alkohol dan asid
Alkohol
Pelarut / produk berasaskan minyak
Ammonium kuaterner
Campuran alkali dan peluntur
Bahan pembusa
Peluntur atau bahan pencuci lelas
Jangan basuh menggunakan tekanan
GARIS PANDUAN AIR
Alat pengering tangan Dyson ini mempunyai pensijilan IP24.
Penggunaan pencuci tekanan boleh menyebabkan air masuk ke dalam perumah. Kerosakan air disebabkan
pencucian yang tidak betul akan membatalkan jaminan anda.
PENYENGGARAAN PENAPIS
Periksa salur masuk udara dengan kerap untuk memastikannya bebas daripada habuk dan puing. Mengelap salur
masuk dengan kain lembut sudah memadai untuk membuang habuk dan puing.
Sekiranya salur masuk udara tersumbat, anda mungkin perlu mencuci lagi atau menukar penapis.
Jika diperlukan untuk persekitaran dengan kadar penggunaan tinggi, kit pengganti penapis Dyson menyediakan segala
kelengkapan yang anda perlukan untuk menukar penapis HEPA unit anda di tapak. Hubungi Talian Bantuan Dyson di
nombor yang terdapat di kulit belakang manual ini untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Pencucian atau penggantian penapis untuk alat pengering tangan anda boleh dilakukan dengan berhati-hati mengikut
arahan yang diberikan dalam kit pengganti penapis. Sekiranya anda berasa ragu-ragu, dapatkan nasihat juruelektrik
bertauliah atau hubungi Talian Bantuan Dyson untuk mendapatkan sokongan.
MAKLUMAT PELUPUSAN
Produk Dyson diperbuat daripada bahan boleh kitar gred tinggi. Sila lupuskan produk ini secara bertanggungjawab
dan kitar semula selagi munasabah.
SILA DAFTAR SEBAGAI PEMILIK ALAT PENGERING TANGAN DYSON AIRBLADE V
Untuk membantu kami memastikan anda menerima perkhidmatan yang segera dan efisien, sila daftarkan unit anda di
www.dysonairblade.com
Ini akan mendaftarkan jaminan anda, mengesahkan pemilikan unit Dyson anda sekiranya berlaku kehilangan insurans,
dan membolehkan kami menghubungi anda jika perlu.
Anda memerlukan nombor siri unit anda, yang terdapat pada plat perkadaran di belakang kekisi pada bahagian sisi
alat pengering tangan, pada lembaran pendaftaran di dalam kotak dan juga pada pelekat maklumat di bahagian
hadapan unit selepas unit dikeluarkan dari kotak.
Sila pastikan semua arahan dan panduan dalam manual pengendalian ini dan panduan pemasangan dipatuhi atau
jaminan anda mungkin dibatalkan.
Loading ...
Loading ...
Loading ...