Loading ...
Loading ...
Loading ...
Anda boleh menenetapkan masa mula selama 5 minit hingga 12 jam.
1 Ikut langkah 1 hingga 5 daripada bahagian ‘Menggunakan mod memasak pratetap’.
2 Tekan butang Pemasa (Gamb. 15).
3 Tekan butang + dan - untuk menetapkan bilangan minit atau jam anda kehendaki perkakas
mula memasak (Gamb. 7).
Nota: Tekan butang + atau - sebentar untuk meningkatkan atau mengurangkan masa sebanyak 5 minit.
Apabila anda menekan butang + atau - butang lebih lama, masa akan meningkat atau
mengurang sebanyak 1 jam.
4 Tekan butang Mula untuk memulakan pemasa (Gamb. 8).
, Lampu pemasa menyala.
, Paparan mula mengira detik masa.
, Apabila proses memasak bermula, lampu pemasa padam dan paparan menunjukkan bahawa
proses memasak telah bermula.
Pembersihan dan penyenggaraan
Pembersihan
Jangan sesekali tenggelamkan perkakas ke dalam air atau membilasnya di bawah air paip.
Jangan sekali-kali menggunakan pad penyental, agen pembersih yang melelas atau cecair yang
agresif seperti petrol atau aseton untuk membersihkan perkakas.
Jangan letak cuka pada plat memasak kristalit.
1 Cabutkan plag perkakas dan biarkannya menjadi sejuk.
2 Bersihkan perkakas dengan kain yang lembap dan jika perlu, dengan sedikit agen pembersih
yang lembut.
Penyelenggaraan
Penggunaan tidak betul boleh menyebabkan retak pada plat memasak. Untuk mengelakkan daripada
turun warna dan calar, gunakan perkakas mengikut arahan dalam manual pengguna dan sentiasa
bersihkan perkakas dan alat memasak dengan betul selepas digunakan.
Penyimpanan
Jangan letak objek yang berat pada plat memasak kristalit kerana ia mudah pecah.
Jangan simpan perkakas di tempat yang panas, contohnya berhampiran dengan dapur.
Jika anda tidak akan menggunakan perkakas buat tempoh masa yang agak lama, kami menasihatkan
anda supaya menyimpan perkakas tersebut di tempat yang kering dan selamat.
Alam sekitar
- Jangan buang perkakas bersama sampah rumah pada akhir hayatnya, tetapi bawanya ke pusat
pungutan rasmi untuk dikitar semula. Dengan melakukan sedemikian anda akan membantu
memelihara alam sekitar (Gamb. 16).
BAHASA MELAYU22
Loading ...
Loading ...
Loading ...