Loading ...
Loading ...
Loading ...
Nota: Dalam mod Stew dan mod Sup/Bubur, perkakas terlebih dahulu mendidihkan makanan dan
kemudian beralih ke tahap kuasa yang lebih rendah. Anda hanya boleh melaraskan tahap kuasa selepas
peringkat mendidih.
Nota: Mod Stim membenarkan anda mengukus pelbagai jenis makanan, seperti roti kukus, telur, tulang
rusuk babi atau ayam.
Nota: Mod Didih membenarkan anda mendidihkan air atau makanan dengan cara yang pantas. Masa
didih yang disarankan untuk 1 liter ialah 3-5 minit, untuk 2 liter 6-10 minit dan untuk 3 liter 9-14 minit.
Tetapan kuasa/suhu
Rendah Pertengahan Tinggi
Wattan (W) 400 800 1200 1400 1600 1800 2000
Suhu (°C) 80 120 160 180 200 220 240
Pemasakan Quick start (mod manual)
1 Masukkan plag utama ke dalam soket.
, Perkakas mengeluarkan bip selama 2-saat.
, Paparan menunjukkan ‘----’ (Gamb. 2).
2 Letak alat memasak pada zon memasak.
3 Tekan butang Kuasa hidup/mati sekali untuk menghidupkan perkakas (Gamb. 3).
, Lampu penghidup kuasa dan lampu ‘W’ menyala. Paparan menunjukkan tetapan lalai
1400W (Gamb. 4).
4 Jika anda hendak melaraskan tahap kuasa, tekan butang + dan - (Gamb. 5).
Nota: Anda juga boleh melaraskan tahap kuasa semasa memasak.
5 Jika anda hendak melaraskan masa memasak: (Gamb. 6)
- Tekan butang Jam:Min.
- Laraskan masa dengan butang + dan - . (Gamb. 7)
Nota: Apabila anda menekan butang + dan - sebentar, masa meningkat atau menurun sebanyak 1 minit.
Apabila anda menekan butang itu lebih lama, masa meningkat atau menurun selama 5 minit.
Nota: Anda juga boleh melaraskan masa memasak semasa sedang memasak.
6 Tekan butang Mula untuk memulakan pemasakan (Gamb. 8).
Jika anda belum menetapkan masa memasak dan/atau tahap kuasa, perkakas akan mula memasak
pada tetapan lalai (masa memasak selama 5 minit dan tahap kuasa 1400W).
, Perkakas mula memasak.
, Semasa memasak, kipas dihidupkan untuk menyejukkan perkakas. Apabila anda mematikan
perkakas, kipas tetap hidup selama lebih kurang1 minit dan kemudian mati secara automatik.
, Semasa memasak, paparan menunjukkan tahap kuasa (Gamb. 9).
, Jika anda telah menetapkan masa memasak, paparan akan menunjukkan baki masa
memasak (Gamb. 10).
, Apabila masa memasak telah berlalu, perkakas akan mengeluarkan bunyi bip beberapa
kali. Perkakas mati secara automatik dan lampu kuasa hidup akan padam.
Nota: Jika anda hendak menghentikan pemasakan, tekan butang Kuasa hidup/mati . Perkakas kemudian
dimatikan.
7 Cabut plag selepas memasak.
BAHASA MELAYU20
Loading ...
Loading ...
Loading ...