Loading ...
Loading ...
Loading ...
11
Bahasa Melayu
Tetapan suhu Tetapan automatik Jenis fabrik
SYNTH hingga 1
Fabrik sintetik (cth. asetat,
akrilik, nilon, poliamida)
2
Wul, viskos, poliester dan
sutera
3 hingga LINEN
Kain kapas, linen
Tekan dan tahan picu stim untuk memulakan penyeterikaan. Untuk hasil penyeterikaan terbaik,
selepas menyeterika menggunakan stim, teruskan menyeterika tanpa stim untuk beberapa kali.
Mod pematian automatik
Model tertentu dalam siri ini dilengkapi dengan mod pematian automatik.
- Untuk menjimatkan tenaga, perkakas akan dimatikan secara automatik jika tidak digunakan selama
5 minit. Lampu 'seterika sedia' akan bernyala.
- Untuk mengaktifkan semula perkakas, tetapkan suis hidup/mati kepada kedudukan ‘mati’,
kemudian kepada kedudukan ‘hidup’. Perkakas akan menjadi panas sekali lagi.
Pembersihan dan penyelenggaraan
Sistem Pembersihan Kerak Pintar
Perkakas anda telah direka bentuk dengan sistem Pembersihan Kerak Pintar untuk memastikan
pembersihan dan penanggalan kerak dilakukan dengan tetap. Ini membantu mengekalkan prestasi
stim yang kuat dan mengelakkan habuk serta kotoran keluar dari plat tapak dari masa ke masa. Untuk
memastikan proses pembersihan dilakukan, penjana stim akan memberikan peringatan berkala.
Peringatan bunyi dan lampu Pembersihan Kerak
Selepas penggunaan selama 1 hingga 3 bulan, lampu Pembersihan Kerak akan mula bernyala dan
perkakas akan mula mengeluarkan bunyi bip yang menandakan anda perlu melakukan proses
Pembersihan Kerak (Raj. 3).
Petua: Anda boleh terus menyeterika tanpa stim tanpa menekan picu stim.
Selain itu, langkah keselamatan kedua untuk melindungi penjana stim daripada penyepaduan kerak:
fungsi stim akan dinyahdayakan jika penanggalan kerak tidak dilakukan. Selepas penanggalan kerak
dilakukan, fungsi stim akan dipulihkan. Ini berlaku tanpa mengambil kira jenis air yang digunakan.
Nota: Proses Pembersihan Kerak boleh dilakukan pada bila-bila masa, walaupun peringatan bunyi
dan lampu belum diaktifkan lagi.
Melakukan proses Pembersihan Kerak dengan bekas
Pembersihan Kerak
Amaran: Jangan tinggalkan perkakas tanpa dijaga sewaktu proses Pembersihan Kerak.
Awas: Jangan ganggu proses dengan mengangkat seterika dari bekas Pembersihan Kerak, kerana
air panas dan stim akan keluar dari plat tapak.
1 Isi separuh tangki air (Raj. 4).
Loading ...
Loading ...
Loading ...