Loading ...
Loading ...
Loading ...
10
Bahasa Melayu
Pengenalan
Tahniah atas pembelian anda dan selamat menggunakan Philips! Untuk mendapat manfaat
sepenuhnya daripada sokongan yang ditawarkan oleh Philips, daftarkan produk anda di
www.philips.com/welcome.
Baca manual pengguna ini, risalah maklumat penting dan panduan permulaan ringkas dengan teliti
sebelum anda menggunakan perkakas. Simpan untuk rujukan masa hadapan.
Gambaran keseluruhan produk (Raj. 1)
1 Hos bekalan air
2 Tombol suhu
3 Picu stim/Penggalak stim
4 Lampu 'seterika sedia'
5 Butang CALC-CLEAN dengan lampu
6 Platform seterika
7 Tuil pelepas tangki air
8 Tangki air boleh tanggal
9 Suis hidup/mati
10 Kord sesalur kuasa dengan plag
11 Bekas Pembersihan Kerak Pintar
Penting
Lakukan proses penanggal kerak dengan kerap untuk prestasi stim yang hebat dan memanjangkan
jangka hayat perkakas anda.
Jenis air yang disyorkan
Air suling atau air tanpa mineral jika anda tinggal di kawasan yang mempunyai air liat.
Jenis air untuk digunakan
Perkakas ini telah direka bentuk untuk digunakan dengan air paip. Akan tetapi, jika anda tinggal di
kawasan yang mempunyai air liat, pembentukan kerak yang cepat mungkin akan berlaku. Oleh sebab
itu, anda disyorkan untuk menggunakan air suling atau air tanpa mineral untuk memanjangkan hayat
perkakas.
Amaran: Jangan gunakan air berwangian, air dari mesin pengering pakaian, cuka, kanji, agen
penanggal kerak, bahan bantu penyeterikaan, air yang dinyahkerak secara kimia atau bahan kimia
lain, kerana ini boleh menyebabkan air berdetus, kesan kotoran berwarna perang atau kerosakan
pada perkakas anda.
Awas: Berhati-hati apabila anda mengeluarkan tangki air. Kawasan berhampiran hujung seterika
mungkin panas (Raj. 2).
Menetapkan suhu
Untuk menetapkan suhu seterika yang dikehendaki, putar tombol suhu ke kedudukan yang sesuai.
Perkakas melaraskan stim secara automatik, bergantung pada suhu penyeterikaan yang ditetapkan.
Loading ...
Loading ...
Loading ...