Loading ...
Loading ...
Loading ...
80 81
AKSESORI
Sebelum menggunakan aksesori, periksa saranan pengilang. Anda juga disyorkan agar
menjalankan ujian pada bahagian fabrik yang tidak ketara.
1. Berus fabrik
Berus fabrik membuka tenunan fabrik untuk penembusan wap yang lebih baik.
Pastikan unit dicabut palam dan benar-benar sejuk sebelum menyambung aksesori.
• Sambungkan berus fabrik pada kepala wap
dengan menjajarkan bahagian bawah berus
dengan bahagian bawah kepala wap. Tekan
perlahan bahagian atas berus ke dalam kepala
wap sehingga ia masuk dan berbunyi klik.
Berus bahagian yang akan diwapkan dengan ira
atau nap fabrik.
Tanggalkan berus fabrik sebaik sahaja unit
dicabut palam dan benar-benar sejuk. Tanggalkannya dengan menekan tab pelepa
pada bahagian atas berus sementara menariknya keluar.
2. Pad lin
Pad lin adalah aksesori berasingan dan tidak boleh disambung kepada kepala wap. Anda
boleh menggunakan pad lin sahaja dan tidak bersama-sama dengan pengewap.
• Pad lin menghilangkan rambut, lin dan bulu binatang untuk hasil yang kelihatan
profesional.
• Untuk menggunakan pad lin, berus pakaian dengan perlahan mengikut ira atau nap
fabrik.
• Pad boleh dibersihkan dengan memberusnya mengikut arah bertentangan. Kami
mengesyorkan anda membersihkan pad menggunakan kain buruk yang boleh dibuang.
Kami mengesyorkan anda menggunakan pad lin sebelum mengewap pakaian anda
untuk hasil yang sempurna.
3. Penutup wap kain lembut
Penutup wap tidak boleh digunakan bersama dengan berus fabrik pada kepala wap. Pastikan
palam unit dicabut dan ia benar-benar sejuk sebelum menyambung aksesori.
Penutup wap memberikan pengedaran wap
yang sama rata, menapis kekotoran daripada air
dan melindungi fabrik daripada titisan air.
Pasangkan penutup wap kepada kepala wap.
Kepala wap sepatutnya tertutup sepenuhnya.
Tekan kepala wap bersama penutup dengan
lembut ke kawasan yang akan diwapkan.
Tanggalkan penutup wap sebaik sahaja palam
peralatan dicabut dan ia benar-benar sejuk.
yang boleh digantung pada cangkuk yang terletak pada batang penyangkut baju (rajah
18-19).
Untuk mengewapkan seluar panjang, kami mencadangkan anda menggunakan juga
sokongan dengan klip seperti yang ditunjukkan dalam ilustrasi (rajah 20).
Genggam kepala wap dengan lubang wap bukan mengarah pada anda
Mula mengewap dengan memberus lembut material dengan ira fabrik ke dalam
dengan gerakan ke atas/ke bawah secara menegak.
Panel sokongan menegak membantu mengekalkan pakaian di tempatnya semasa
mengewap.
Mulakan dari bahagian atas pakaian dan perlahan-lahan bergerak ke bawah. Sentiasa
mengewap dalam kedudukan menegak.
Sentiasa berhati-hati agar tidak terkena wap yang panas.
Sentiasa gantung kepala wap dalam keadaan menegak pada cangkuk apabila tidak
digunakan.
Semasa penggunaan, hos mungkin berbunyi membuak. Ini adalah kejadian biasa
disebabkan oleh pemeluwapan. Jika peralatan mula membuak, letakkan kepala wap
pada sokongannya untuk beberapa ketika bagi mengembalikan semula pemeluwapan
yang berlaku ke dalam peralatan.
Semasa penggunaan, beberapa titisan air mungkin muncul pada tiang teleskopik.
Ini juga adalah kejadian biasa disebabkan oleh pemeluwapan. Untuk mengehadkan
pemeluwapan, jangan menekan kepala wap terlampau kuat pada panel Gulung dan
Seterika.
Tip-tip bagi hasil penggunaan pengewap pakaian
dan sistem Gulung & Seterika anda yang lebih baik
Kami mengesyorkan anda memeriksa label penjagaan pakaian bagi saranan
pengilang sebelum mengewap. Kami juga mengesyorkan anda menguji
pakaian dan kesan kepada pakaian di bahagian yang tidak menonjol seperti
kelim dalam.
Butangkan kolar kemeja bagi mengelakkannya daripada tergelincir dari
penyangkut baju semasa mengewap (rajah 17).
Apabila mengewap kemeja, mulakan dengan mengewap lengan baju. Pegang
sebelah lengan baju dan silangkannya di hadapan baju menggunakan Gulung
& Seterika untuk sokongan menegak (rajah 17).
Untuk mengewap bahagian belakang kemeja, angkat baju pada bahagian bahu,
terbalikkan dan gantung semula pada penyangkut baju (rajah 19).
Untuk membuat lipatan sisi yang tajam pada seluar panjang dan kemeja, tekan
kepala wap (tanpa sebarang aksesori) pada fabrik dan sokongan menegak.
Tekan berus pengewap dengan perlahan kepada fabrik sementara membuat
beberapa pintasan perlahan.
Elakkan kepala wap bersentuh dengan sutera atau baldu.
Sesetengah pakaian lebih mudah licin jika diwap pada bahagian dalam.
Fabrik-fabrik tebal mungkin perlu diwapkan lebih lama.
Jika anda menggunakan kepala wap di kedudukan yang hampir dengan lantai,
tinggikan hos dengan kerap bagi mengelakkan berlakunya pemeluwapan.
Bunyi membuak mungkin didengari jika paip fleksibel dipicit.
Jika tiada wap dihasilkan, jika bunyi membuak kedengaran atau jika air
menitis melalui lubang pada kepala wap, naikkan hos wap sekali sekala untuk
mengeluarkan pemeluwapan di dalam.
Sentiasa berhati-hati.
9100021252-01 IS6300 M2-D2.indd 81 21/07/2016 10:41
Loading ...
Loading ...
Loading ...