Loading ...
Loading ...
Loading ...
74 BAHASA MELAYU
Amaran
Tudung kalis percikan adalah amat panas. Pakai sarung tangan
ketuhar apabila anda mengalihkannya.
5 Teruskan langkah 10 hingga 12 dalam bahagian
‘Menggoreng dengan Airfryer’.
Pembersihan
Amaran
Biarkan bakul, kuali, aksesori dan bahagian dalam perkakas
menjadi sejuk sepenuhnya sebelum anda membersihkannya.
Kuali, bakul dan bahagian dalam perkakas mengandungi
salutan tidak melekat. Jangan gunakan perkakas dapur logam
atau bahan pencuci yang melelas kerana ini merosakkan
salutan tidak melekat.
Bersihkan perkakas setiap kali selepas digunakan. Keluarkan
minyak dan lemak daripada bahagian bawah kuali setiap kali
selepas penggunaan untuk mengelakkan jelaga.
1 Putar tombol pemasa kepada 0, cabut plag daripada salur
keluar dinding dan biarkan perkakas menjadi sejuk selama
10 minit.
Petua
Keluarkan kuali dan bakul untuk menyejukkan Airfryer dengan
lebih cepat.
2 Cuci kuali, bakul, kuali pemanggang tidak melekat dan
tudung kalis percikan di dalam mesin basuh pinggan
mangkuk. Anda boleh mencucinya dengan air panas,
cecair pencuci dan span tidak melelas juga (lihat 'jadual
pembersihan').
Loading ...
Loading ...
Loading ...