Loading ...
Loading ...
Loading ...
61BAHASA MELAYU
Penting
Baca maklumat penting ini dengan teliti sebelum anda
menggunakan perkakas dan simpan ia untuk rujukan masa
depan.
Bahaya
- Masukkan ramuan yang akan digoreng di dalam bakul
untuk mengelakkannya daripada tersentuh dengan elemen
pemanasan.
- Jangan tutup bukaan saluran masuk udara dan saluran
keluar udara semasa perkakas beroperasi.
- Jangan isi kuali dengan minyak kerana ia boleh
menyebabkan bahaya kebakaran.
- Jangan sekali-kali merendam perkakas di dalam air atau
sebarang cecair lain, ataupun membilasnya di bawah paip.
Amaran
- Pastikan bahawa voltan yang dinyatakan pada perkakas
sepadan dengan voltan sesalur tempatan anda.
- Jangan gunakan perkakas jika plag, kord sesalur atau
perkakas rosak.
- Jika kord utama rosak, kord mesti digantikan oleh Philips,
pusat servis yang dibenarkan oleh Philips atau pihak lain
seumpamanya yang layak untuk mengelakkan bahaya.
- Perkakas ini tidak dimaksudkan untuk digunakan oleh
orang (termasuk kanak-kanak) yang kurang upaya dari segi
zikal, deria atau mental, atau kurang berpengalaman dan
pengetahuan, kecuali mereka telah diberi pengawasan
atau arahan berkenaan penggunaan perkakas ini oleh
orang yang bertanggungjawab atas keselamatan mereka.
- Jauhkan perkakas dan kordnya dari capaian kanak-kanak.
- Jauhkan kord kuasa dari permukaan yang panas.
- Sambungkan perkakas hanya kepada soket dinding yang
dibumikan. Pastikan plag dimasukkan dengan betul pada
saluran keluar kuasa pada setiap penggunaan.
- Sentiasa letak dan gunakan perkakas pada permukaan
yang kering, stabil, rata dan mendatar.
- Perkakas ini tidak dimaksudkan untuk dikendalikan
menggunakan pemasa luaran atau sistem kawalan jauh
yang berasingan.
- Jangan sandarkan perkakas pada dinding atau perkakas
lain. Berikan sekurang-kurangnya jarak 10cm di belakang
dan sisi perkakas dan sekurang-kurangnya 10cm di atas
perkakas. Jangan letak apa jua item di atas perkakas.
- Jangan gunakan perkakas untuk sebarang tujuan lain
selain daripada yang diterangkan dalam manual pengguna
ini.
- Semasa menggoreng dengan udara panas, stim panas
akan dilepaskan melalui bukaan salur keluar udara.
Pastikan tangan dan muka anda berada pada jarak yang
selamat dari stim dan bukaan saluran keluar udara. Serta
Loading ...
Loading ...
Loading ...