Loading ...
Loading ...
Loading ...
Petua
- Gunakan buah dan sayur yang segar kerana kandungan jusnya lebih banyak. Nanas, ubi bit, batang
saderi, epal, timun, lobak merah, bayam, tembikai, tomato, delima dan anggur sangat sesuai untuk
diproses di dalam pemerah jus.
- Anda tidak perlu mengupas kulit buah yang nipis. Hanya kupas kulit yang anda tidak akan makan,
seperti kulit buah oren, nanas, kiwi, tembikai dan ubi bit yang belum dimasak.
- Jika anda hendak memerah jus buah yang mempunyai biji seperti pic, plum atau ceri,
keluarkan bijinya sebelum memerah jusnya.
- Semasa memerah jus epal, ingat bahawa kepekatan jus epal bergantung pada jenis epal yang
anda gunakan. Epal yang lebih berjus memberikan jus yang lebih cair. Pilih jenis epal yang
menghasilkan jenis jus yang anda suka.
- Jus epal berubah warna menjadi perang dengan cepat. Anda boleh melambatkan proses ini
dengan menambahkan beberapa titis jus lemon.
- Pemerah jus ini boleh mengendalikan buah-buahan berserat seperti pisang dan mangga.
Anda boleh menambah susu atau air terus melalui tiub suapan.
- Buah-buahan sitrus juga boleh diproses dengan pemerah jus, buang kulit sebelah dalam buah
sitrus yang putih kerana rasanya pahit.
Pembersihan (Gamb. 17)
- Perkakas lebih mudah dibersihkan sekiranya anda membersihkannya dengan segera selepas
digunakan. Lihat jadual pembersihan untuk melihat cara membersihkan kesemua bahagian.
Jangan sekali-kali gunakan pad penyental, agen pembersih yang melelas atau cecair yang agresif
seperti alkohol, petrol atau aseton untuk membersihkan perkakas.
Nota: Semua bahagian boleh tanggal adalah tahan mesin pencuci pinggan dan boleh dibersihkan
dengan selamat di bawah paip.
1 Matikan perkakas dan cabut plag daripada soket dinding.
2 Buka pengapit pengunci (Gamb. 18).
3 Luncurkan keluar unit pemerah jus dari unit motor (Gamb. 19).
4 Keluarkan bekas pulpa dari unit motor (Gamb. 20).
5 Kosongkan bekas pulpa dan bilas ia di bawah paip.
Menanggalkan pemasangan dan membersihkan unit pemerah jus
1 Keluarkan penolak dari tiub suapan (Gamb. 21).
2 Keluarkan dulang beri dari tiub suapan (Gamb. 22).
3 Putarkan muncung melawan arah jam sehingga anak panah ( Á) menghala kepada penunjuk
‘buka’ dan tanggalkannya dari unit pemerah jus. (Gamb. 23)
4 Keluarkan penapis dua bahagian dan tanggalkan pemasangannya (Gamb. 24).
5 Keluarkan skru pemerah jus (Gamb. 25).
6 Putarkan salur keluar pulpa melawan arah jam sehingga anak panah ( Á) menghala kepada
penunjuk ‘buka’ dan tanggalkannya dari unit pemerah jus. (Gamb. 26)
BAHASA MELAYU24
Loading ...
Loading ...
Loading ...