Loading ...
Loading ...
Loading ...
- Perkakas ini tidak dimaksudkan untuk digunakan oleh orang (termasuk kanak-kanak) yang kurang
upaya dari segi zikal, deria atau mental, atau kurang berpengalaman dan pengetahuan,
kecuali mereka telah diberi pengawasan atau arahan berkenaan penggunaan perkakas ini oleh
orang yang bertanggungjawab atas keselamatan mereka.
- Kanak-kanak hendaklah diawasi untuk memastikan bahawa mereka tidak bermain dengan
perkakas ini.
- Jauhkan perkakas dan kordnya dari capaian kanak-kanak.
- Jangan sekali-kali mencapai ke dalam tiub suapan dengan jari anda atau dengan sesuatu objek
semasa perkakas sedang beroperasi. Hanya gunakan penolaknya untuk tujuan ini.
- Sentiasa tanggalkan perkakas daripada bekalan kuasa jika perkakas dibiarkan tanpa pengawasan
dan sebelum memasang, menanggalkan bahagian atau membersihkan perkakas.
- Buka lilitan kod sesalur kuasa sepenuhnya setiap kali sebelum anda menghidupkan perkakas.
- Jangan sekali-kali biarkan perkakas beroperasi tanpa diawasi.
Awas
- Jangan sekali-kali menggunakan sebarang aksesori atau bahagian daripada pengilang lain atau yang
tidak disyorkan secara khusus oleh Philips. Jika anda menggunakan aksesori atau bahagian
sedemikian, jaminan anda menjadi tidak sah.
- Sentiasa letakkan perkakas pada permukaan yang stabil, rata dan mendatar.
- Jangan gunakan perkakas di luar bangunan.
- Elakkan daripada tersentuh bahagian yang bergerak.
- Pastikan semua bahagian telah dipasang dengan betul sebelum anda menghidupkan perkakas.
- Hanya gunakan perkakas ini apabila pengapit pengunci dalam kedudukan terkunci.
- Hanya buka kunci pengapit pengunci selepas anda telah mematikan perkakas dan skru pemerah
jus telah berhenti berputar.
- Jangan keluarkan bekas pulpa apabila perkakas sedang berjalan.
- Potong bahan-bahan yang besar saiznya menjadi ketulan kecil yang dapat dimuatkan ke dalam tiub
suapan. Keluarkan biji, teras dan kulit tebal daripada buah atau sayur sebelum memerah jusnya.
- Jangan tekan penolak terlalu kuat untuk mengelakkan kerosakan.
- Pewarna makanan boleh merubah warna bahagian-bahagian pemerah. Ini perkara biasa dan tidak
menjejaskan prestasi perkakas.
- Untuk mengoptimumkan jangka hayat perkakas, jangan gunakannya secara berterusan lebih dari 30 minit.
Kunci keselamatan binaan dalam
Perkakas dilengkapi kunci keselamatan terbina dalam. Dua pin keselamatan pada unit motor
memastikan bahawa anda hanya boleh menghidupkan perkakas jika anda telah meletakkan unit
pemerah jus dan bekas pulpa pada unit motor dengan betul.
Medan elektromagnet (EMF)
Perkakas Philips mematuhi semua piawaian dan peraturan berkaitan dengan pendedahan kepada
medan elektromagnet.
Sebelum penggunaan pertama
Bersihkan semua bahagian sebelum anda menggunakannya buat kali pertama (lihat bab ‘Membersihkan’).
Nota: Pastikan semua bahagian telah kering sepenuhnya sebelum anda mula menggunakan perkakas itu.
BAHASA MELAYU22
Loading ...
Loading ...
Loading ...