Loading ...
Loading ...
Loading ...
21
Pengenalan
Tahniah atas pembelian anda dan selamat datang ke Philips! Untuk mendapat manfaat sepenuhnya
daripada sokongan yang ditawarkan oleh Philips, daftarkan produk anda di
www.philips.com/welcome. Pemerah jus perlahan Philips Avance ini membantu anda untuk
mendapatkan semua zat buah-buahan dan sayur-sayuran ke dalam gelas anda, supaya anda boleh
menikmati jus yang lazat dan menyihatkan setiap hari. Teknologi inovatifnya membolehkan anda
mengekstrak sehingga maksimum buah-buahan dan sayur-sayuran serta membersihkan perkakas
dengan cepat dalam masa kurang dari 1 minit. Reka bentuk yang bersepadu sepenuhnya telah
dibangunkan agar tidak memakan ruang yang besar dan memberikan anda hasil yang hebat.
Perihalan umum (Gamb. 1)
A Unit pemerahan jus
- 1 Penolak
- 2 Dulang beri
- 3 Tiub suapan
- 4 Penghenti titisan
- 5 Muncung
- 6 Penapis dua bahagian berwarna hitam untuk jus jernih
- 7 Skru pemerah jus
- 8 Salur keluar pulpa
B Unit motor
- 9 Pengapit pengunci
- 10 Butang hidup/mati dengan lampu hidup kuasa
- 11 Butang Undur/Prabersih
- 12 Kod sesalur kuasa
- 13 Kemudahan penyimpanan kord
- 14 Bekas pulpa
- 15 Pin keselamatan
C Jag (HR1899/HR1897/HR1895 sahaja)
- 16 Jag jus
- 17 Tudung jag jus
Tidak ditunjukkan: penapis dua bahagian berwarna kelabu bagi jus serat (HR1899/HR1897/HR1896 sahaja)
Penting
Baca manual pengguna ini dengan teliti sebelum anda menggunakan perkakas dan simpan ia untuk
rujukan masa depan.
Bahaya
- Jangan rendam unit motor di dalam air atau sebarang cecair lain. Jangan bilas ia di bawah paip
dan jangan bersihkan di dalam mesin pencuci pinggan.
Amaran
- Periksa sama ada voltan yang ditunjukkan pada dasar perkakas sepadan dengan voltan sesalur
tempatan sebelum anda menyambungkan perkakas.
- Jangan gunakan perkakas jika plag, kord sesalur kuasa atau bahagian lain rosak. Jika kord sesalur
kuasa rosak, ia mesti digantikan oleh Philips, pusat servis yang dibenarkan Philips atau pihak yang
berkelayakan serupa untuk mengelakkan bahaya.
- Perkakas ini bertujuan untuk kegunaan dalam rumah sahaja. Jika perkakas ini disalahgunakan atau
untuk tujuan profesional atau semiprofesional atau jika ia digunakan tidak mengikut arahan yang
terdapat dalam manual pengguna, jaminan menjadi tidak sah dan Philips tidak menerima
tanggungjawab bagi apa-apa kerosakan yang berlaku.
BAHASA MELAYU
Loading ...
Loading ...
Loading ...