Loading ...
Loading ...
Loading ...
94
Suhu yang dipilih awal ditetapkan untuk kegunaan produk di bawah altitud 1000m. Di atas
altitud ini, suhu maksimum yang dipaparkan di penghujung kitaran pada produk akan menjadi
suhu pendidihan yang sepadan dengan altitud penggunaan.
Untuk keselamatan anda, peralatan ini mematuhi piawaian dan peraturan-peraturan (Arahan
mengenai Voltan Rendah, Keserasian Elektromagnetik, Bahan dalam hubungan bersama artikel
makanan, Alam sekitar, dan lain-lain.).
Hanya pasang peralatan kepada soket utama berbumi. Semak yang kuasa voltan dipaparkan
pada piring penarafan pada peralatan sepadan dengan pemasangan elektrik anda.
Sebarang kesilapan sambungan akan membatalkan jaminan anda.
Jaminan tidak meliputi cerek yang gagal beroperasi atau beroperasi teruk kerana gagal untuk
menanggalkan kerak secara kerap.
Jangan biarkan kord kuasa tergantung di mana kanak-kanak mungkin mencapainya.
Jangan tanggalkan palam dengan menarik kord kuasa.
Selain dari pencucian biasa dan penyelenggaraan oleh pelanggan perlu dilakukan oleh Pusat
Perkhidmatan Diluluskan.
Cuma guna cerek anda untuk mendidihkan air minuman.
Semua peralatan adalah tertakluk kepada prosedur kawalan kualiti yang ketat. Ini termasuk
ujian kegunaan sebenar pada peralatan pilihan secara rawak, yang menerangakan sebarang
tanda penggunaan.
Jangan sesekali gunakan pad penyental untuk tujuan pembersihan.
Untuk mengeluarkan penapis* karat, alihkan cerek dari tapaknya dan biarkannya sejuk. Jangan
mengeluarkan penapis ketika peralatan berisi air panas.
Jangan menggunakan kaedah lain untuk membersihkan kerak karat daripada cerek selain
daripada kaedah yang disyorkan.
Pastikan cerek dan kord kuasa jauh dari sebarang sumber kepanasan, dari sebarang basahan
atau permukaan licin dan jauh dari permukaan tajam.
Jangan guna peralatan di bilik air atau hampir pada sumber air.
Jangan guna cerek bila tangan atau kaki anda adalah basah.
Sentiasa menanggalkan palam kord kuasa dengan segera jika awak melihat sebarang
kejanggalan semasa operasi.
Jangan tarik kord kuasa untuk mengalihkannya dari soket di dinding.
Sentiasa berwaspada semasa peralatan dihidupkan, dan khususnya berhati-hati pada stim
yang keluar dari muncung yang mana ia sangat panas.
Jangan tinggalkan kord kuasa tergantung dari meja atau kaunter dapur untuk mengelakkan
bahaya terjatuh ke atas lantai.
Jangan sentuh penapis atau penutup bila air sedang mendidih.
Juga berhati-hati kerana badan cerek keluli tahan karat menjadi sangat panas semasa
beroperasi. Cuma sentuh pemegang cerek.
Jangan alihkan cerek bila ia sedang beroperasi.
Lindungi peralatan dari keadaan lembap dan beku.
Sentiasa guna penapis* semasa kitaran pemanasan.
Jangan panaskan cerek bila ia kosong.
Letakkan cerek dan kord kuasa dengan baik di belakang permukaan kerja.
Jaminan meliputi kecacatan pengeluaran dan penggunaan domestik sahaja. Sebarang
kebocoran atau kerosakan akibat dari kegagalan untuk mematuhi dengan arahan penggunaan
adalah tidak dilindungi oleh jaminan.
* : bergantung pada model
pemanasan selepas digunakan.
Pastikan hanya menggunakan pemegang semasa pemanasan
sehinggalah ia menyejuk.
Perkakas anda dimaksudkan untuk kegunaan domestik di dalam
rumah sahaja pada altitud di bawah 1000m.
Loading ...
Loading ...
Loading ...