Loading ...
Loading ...
Loading ...
11
Pembersihan dan penjagaan
ms
Sisipkan alat ke dalam bekas dan
hidupkan peralatan pada tetapan yang
dikehendaki.
Tetapan min/1, 2:
untuk pemprosesan dan penggaulan.
Tetapan maks/3, 4:
untuk pengulian dan pemukulan.
Selepas penggunaan, tetapkan suis
kepada 0/Mati dan lepaskan serta
tanggalkan alat dengan butang pelenting.
Perhatian!
Butang pelenting tidak boleh digerakkan
melainkan suis berada dalam kedudukan
0/Mati.
Perhatian:
Sentiasa matikan unit asas sebelum
mengeluarkannya dari makanan yang
diadun.
Pembersihan dan
penjagaan
Perkakas dan item yang digunakan mestilah
dibasuh dengan teliti selepas setiap
penggunaan.
Maklumat penting
Peralatan tidak memerlukan
penyelenggaraan! Pembersihan dengan
teliti dapat melindungi peralatan daripada
kerosakan dan ia akan terus berfungsi.
W Risiko kejutan elektrik!
Cabut plag sebelum membasuh.
Jangan sesekali merendam unit asas
ke dalam cecair dan jangan mencuci di
dalam mesin basuh pinggan mangkuk.
Jangan gunakan pembersih stim.
Lapkan unit asas dengan kain lembap
dan kemudian lap kering.
Bersihkan alat di dalam mesin pembasuh
pinggan mangkuk atau dengan berus di
bawah air yang mengalir.
Nota: Jika memproses kubis merah
contohnya, bahagian plastik akan berubah
warna dengan saput merah, yang boleh
dihilangkan dengan beberapa titis minyak
masak.
Kord kuasa boleh digulung untuk
memudahkan penyimpanan peralatan
(Rajah C).
Resipi
Krim putar
100 g-600 g
Pukul krim dengan pengacau selama
½ hingga 5 minit pada pada tetapan
maks/4 (bergantung pada kuantiti dan
sifat krim).
Putih telur
1 hingga 5 putih telur
Dengan menggunakan pengacau,
pukul putih telur selama 2 hingga 5 minit
pada tetapan maks/4.
Campuran span
Resipi asas
2 biji telur
2-3 sudu besar air panas
100 g gula
1 paket gula vanila
70 g tepung
70 g tepung jagung
Serbuk penaik sekiranya perlu
Pukul ramuan (kecuali tepung gandum
dan tepung jagung) dengan pengacau
selama lebih kurang 3-4 minit pada
tetapan 4 (maks) sehingga berbuih.
Tetapkan peralatan pada tetapan 1 (min)
adun tepung dan tepung jagung yang
telah diayak sebanyak satu sudu penuh
dalam masa lebih kurang ½ hingga
1 minit.
Kuantiti maksimum: 2 x resipi asas
MFQP1000GB_8001154336.indb 11 30.08.2019 17:26:45
Loading ...
Loading ...
Loading ...