Loading ...
Loading ...
Loading ...
19
Aksesori piawai / pilihan
ms
Pukul ramuan (kecuali tepung dan
tepung jagung) dengan pemukul selama
lebih kurang 4-6 minit pada tetapan 4
sehingga berbuih.
Putar suis kepada tetapan 2 dan
masukkan tepung dan tepung jagung
yang telah diayak dengan senduk dalam
masa lebih kurang ½ hingga 1 minit.
Kuantiti maksimum: 2 x resipi asas
Adunan kek
Resipi asas
3-4 biji telur
200-250 g gula
1 jepitan garam
1 paket gula vanila atau kulit daripada
½ lemon
200-250 g mentega (suhu bilik)
500 g tepung
1 paket serbuk penaik
125 ml susu
Campurkan semua bahan dengan
pengacau selama lebih kurang ½ minit
pada tetapan 1, kemudian selama lebih
kurang 3-4 minit pada tetapan 3.
Kuantiti maksimum: 1.5-2 x resipi asas
Pastri rapuh
Resipi asas
125 g mentega (suhu
bilik)
100-125 g gula
1 biji telur
1 jepitan garam
Sedikit kulit lemon atau gula vanila
250 g tepung
Serbuk penaik sekiranya perlu
Proses semua bahan selama lebih
kurang ½ minit pada tetapan 1,
kemudian selama lebih kurang 2-3 minit
dengan pengacau (tetapan 3) atau
cangkuk uli (tetapan 2).
Kuantiti maksimum: 2 x resipi asas
Doh yis
Resipi asas
500 g tepung
1 biji telur
80 g lemak (suhu bilik)
80 g gula
200-250 ml susu suam
25 g yis segar atau 1 paket yis kering
kulit daripada ½ lemon
1 jepitan garam
Adunkan semua ramuan dengan
cangkuk uli selama lebih kurang ½ minit
pada tetapan 1, kemudian selama lebih
kurang 3-6 minit pada tetapan 2.
Kuantiti maksimum: 1,5 x resipi asas
Mayonis
2 biji telur
2 sudu teh biji sawi
¼ l minyak
2 sudu besar jus lemon atau cuka
1 jepitan garam
1 jepitan gula
Ramuan hendaklah berada pada suhu yang
sama.
Proseskan ramuan (kecuali minyak) di
dalam pengadun untuk beberapa saat
pada tetapan 2.
Tetapkan pengadun pada tetapan 4,
tuangkan minyak melalui corong
perlahan-lahan dan adunkan sehingga
mayonis mengemulsi.
Makan mayonis dengan segera, jangan
simpan.
Aksesori piawai / pilihan
Aksesori lain yang disertakan bersama-
sama pembungkusan diterangkan dalam
arahan pengendalian yang berasingan.
Aksesori yang disertakan / aksesori pilihan
juga boleh dibeli secara berasingan.
Rajah H:
Mangkuk adun plastik
(MUZ4KR3)
Sehingga 1 kg tepung gandum dan bahan
boleh diproses dalam mangkuk ini.
Mangkuk kacau keluli tahan karat
(MUZ4ER2)
Sehingga 1 kg tepung gandum dan bahan
boleh diproses dalam mangkuk ini.
Loading ...
Loading ...
Loading ...