Loading ...
Loading ...
Loading ...
34
MY
ARAHAN KESELAMATAN PENTING
SEBELUM MEMASANG ATAU MENGGUNAKAN PERKAKAS INI,
SILA BACA SEMUA ARAHAN DAN TANDA AMARAN DALAM
MANUAL INI DAN DALAM NOTA PEMASANGAN
AMARAN
Risiko terkena renjatan elektrik! Jika sarung ditanggalkan atau
dikendalikan dengan tidak betul, komponen dalaman perkakas ini
mungkin mengakibatkan bahaya atau rosak kekal.
Jangan dedahkan mekanisme/komponen dalaman perkakas ini
kepada lembapan.
1. Semua kerja pemasangan dan pembaikan elektrik mesti dijalankan
oleh juruelektrik yang bertauliah atau Jurutera Perkhidmatan Lapangan
Dyson menurut kanun atau peraturan semasa di kawasan setempat.
2. Jangan sambungkan apa-apa terminal DALI kepada kuasa elektrik.
Wayar DALI adalah jenis BUKAN SELV (Voltan Rendah Tambahan
Keselamatan) dan tidak sekali-kali boleh dianggap sebagai selamat
sentuh. Pemencilan tahap fungsian atau yang lebih baik mesti wujud di
antara wayar DALI dengan kabel utama.
3. Penebat berganda/bertetulang harus disedia untuk pendawaian
terminal (DIM / SPLIT) bagi PCB anak.
4. Rujuk kanun dan peraturan kebolehcapaian setempat dan kebangsaan
untuk mengetahui garis panduan pemasangan yang berkaitan. Alat ini
harus dipasang dengan alat pelengkap yang sesuai untuk persekitaran
pemasangan. Pemasang bertanggungjawab untuk memastikan
keakuran dan kepatuhan.
5. Jika mana-mana bahagian alat ini tidak berfungsi seperti yang
sepatutnya, telah terkena hentaman yang kuat, telah dijatuhkan, telah
rosak, telah ditinggalkan di luar, atau telah terkena air, jangan guna
alat dan hubungi talian bantuan Dyson.
6. AWAS: Kemungkinan radiasi optik berbahaya akan dipancarkan oleh
produk ini. Jangan renung pada lampu operasi. Mungkin berbahaya
untuk mata.
7. Jangan pasang atau gunakan bersama dengan kabel gantung yang
rosak. Jika kabel gantung yang dibekalkan rosak, ia mesti digantikan
oleh Dyson, ejen perkhidmatannya atau individu yang berkelayakan
serupa untuk mengelakkan bahaya.
8. Alat ini hanya serasi dengan produk pemalap yang patuh DALI
9. Gunakan kain yang kering dan bebas lin atau udara termampat
(pelarut dan bebas lembapan) untuk membersihkan alat. Pastikan alat
telah dimatikan sebelum pembersihan.
10. Pastikan tiada kerja paip (gas, air, udara) atau kabel elektrik, wayar
atau salur di belakang kawasan penggerudian/pelekapan.
11. Periksa dan pastikan bekalan elektrik sepadan dengan yang
ditunjukkan pada plat kadaran. Jika alat ini disambungkan ke
mana-mana bekalan elektrik selain daripada yang dinyatakan pada
plat pengkadaran, kerosakan kekal atau pengendalian unit yang tidak
betul/tidak selamat mungkin berlaku.
12. Produk ini mesti dibumikan.
13. Sumber cahaya bagi sistem lampu ini tidak boleh diganti; apabila
sumber cahaya mencapai hayat akhir, keseluruhan sistem lampu
harus digantikan
14. Unit ini direka untuk digunakan di dalam bangunan berkeadaan kering
sahaja. Persekitaran pengendalian dari 0°C (32°F) hingga 40°C (104°F)
dan kelembapan relatif 10-95% tanpa pemeluwapan.
BACA DAN SIMPAN ARAHAN INI
Loading ...
Loading ...
Loading ...