Tefal RK105865 Mecha congee

User Manual - Page 25

For RK105865.

PDF File Manual, 45 pages, Download pdf file

Loading ...
Loading ...
Loading ...
22
MS
Menjaga mangkuk seramik
Untuk mengekalkan kualiti saduran seramik mangkuk selama yang
mungkin, adalah disarankan agar tidak memotong makanan di dalamnya.
Gunakan alatan memasak plastik atau kayu dan bukan yang diperbuat
daripada keluli apabila mengacau atau menghidang makanan untuk
mengelakkan permukaan mangkuk daripada sebarang kerosakan.
Untuk mengelakkan mangkuk daripada berkarat, jangan masukkan
cuka ke dalamnya.
Warna permukaan mangkuk mungkin berubah selepas penggunaan
kali pertama atau selepas digunakan untuk satu jangkamasa tertentu.
Perubahan warna ini adalah disebabkan oleh tindakbalas di antara
wap dan air dan tidak akan mengakibatkan sebarang kesan terhadap
penggunaan periuk nasi dan tidak membahayakan kesihatan. Ia masih
selamat untuk digunakan.
Mangkuk, bakul kukusan, pengumpul
wap dan injap tekanan mikro
Apabila mencuci injap tekanan mikro, sila alihkan daripada penutup
- fig. 16 dan buka dengan memutarnya ke arah “buka” - fig. 16, Selepas
mencuci, sila keringkannya dan cantumkan kedua-dua segitiga bersama
- fig. 16, dan putarkan ke arah “tutup” sehingga bunyi “ka” kedengaran
kemudian letakkan ia kembali ke dalam penutup periuk nasi.
Gunakan air panas, cecair pencuci dan span untuk mencuci mangkuk
- fig. 17, pengumpul wap - fig. 18, injap tekanan mikro - fig. 19, senduk
dan cawan. Serbuk penyental dan span keluli tidak disarankan.
Sekiranya makanan terlekat di dasar, rendamkan mangkuk seketika
sebelum mencuci.
Keringkan mangkuk dengan berhati-hati.
Jangan rendam peralatan di dalam air atau tuangkan air ke atasnya,
hanya ke dalam mangkuk.
Pengumpul wap
Pengumpul wap perlu dikosongkan dan dicuci selepas setiap penggunaan.
Untuk membuka pengumpul, tekan kedua-dua belah penutup plastik
dan keluarkannya - fig. 15.
Untuk memasang kembali pengumpul wap, tekan dengan ketat ke
dalam alur.
MENCUCI DAN MENYELENGGARA
Loading ...
Loading ...
Loading ...